Belum ada pada perubahan pada diri penulis berkenaan gangguan jin bomoh siam sudah mendapat tempahan daripada besan keluarga penulis. Penulis turut sama hadir ke rumah besan keluarga kerana kononnya cuba mengubati keseluruhan rumah tersebut.
Mok besan beria-ria benar meminta bomoh siam melihat-lihat suasana di rumahnya. Katanya ia sukar tidur dan banyak gangguan jin mengakibatkan hubungan dengan suaminya tidak mesra. Bila penulis bertanya Moknya ada nampak ke! Jawabnya tak dahlah tapi bunyi adalah.
Tok bomoh siam memulakan dengan bertanya arah kiblat dan melakukan solat sunat hajat. Penulis berkata dalam hati warak juga walaupun memakai pakaian biasa. Setelah itu bomoh siam memulakan upacaranya dengan mengeluarkan perkakasnya seperti kain, selindang serba kuning serta kemenyan colok cina dibakar. Tok bomoh mengarah mengambil tanah di luar rumah dimasukkan ke dalam baldi.
Bacaan wirid diikuti mentera yang sukar difahami sehingga suaranya mengamit suasana rumah tetapi tidaklah sampai pengsan seperti mengubati penulis. Tiba-tiba aje tok bomoh bingkas bangun meminta ahli keluarga besan memeriksa pakaian sambil kocek pokek di keluarnya sambil meminta tanah didalam baldi di keluarkan di atas lapisan kain kuning sebanyak beberapa lapisan.
Selepas itu mentera dibacakan dan akhirnya meminta ahli keluarga besan memeriksa lapisan kain pertama di dalam lubang tetapi tak nampak apa-apa pelik pada tanah tersebut. Sehingga ke lapisan kain kuning terakhir maka terpacarlah botol kecil berisikan paku,jarum,rambut dan darah. Maka berteriaklah orang ramai terutama isteri keluarga besan itulah abang tak percaya bila kita cakap ada orang hendak khianat abang tak percaya. Si suami terkebil-kebil sambil mengangguk tanda setuju.
Mulalah orang ramai melaung tanda hebat-hebat... tok bomoh sementara penulis hanya mendiamkan diri aje! Bila dalam perjalanan pulang ke rumah barulah penulis menyatakan tok bomoh tak hebat dan kamu semua ditipu tok bomoh kerana penulis sudah menyaksikan botol kecil semasa tanah di baldi di dalam rumah lagi. Ketika tangan penulis gatal menguis-guis tanah di dalam baldi Tetapi penulis tidak mahu memberitahu sesiapa kerana mungkin kerena tidak mahu mengaibkan tok bomoh atau takut!
Apabila penulis memberitahu besan keluarga dia orang terkejut ya ke! tetapi yang pelik berlaku ialah suami isteri sudah mula berbaik walhal sudah lama tidak tidur bersama. Kalau hendak jadi bomoh "auta" kena pandai tukang silap mata baru dapat cari duit banyak. nak harap kelebihan tak takut jin belum tentu mudah dapat duit.