Thursday, November 26, 2009

Mengenal jin 56



Penulis pernah berbual-bual dengan kawan pasal jin. Kawan hanya mendengar aje samada nak percaya atau tidak penulis pun tak kisah pasal tak perlu bayar. Selang beberapa hari kawan penulis menceritakan pada malam tu dia tak dapat tidur dan diganggu bayang-bayang jin. Sejak hari itu kawan tu meminta penulis menolong member dia yang rumahnya diganggu oleh jin.

Mulanya penulis menolak kerana buat apa cari pasal tetapi kerana simpati penulis terima juga tawaran lebih-lebih lagi tuan rumah sendiri yang bercakap sendiri dengan penulis. Penulis hanya menjenguk di rumahnya sabil minum teh tanpa melakukan apa-apa kerana bukannya ada ilmu setakat baca ayat-ayat lazim sikit-sikit bolehlah.

Penulis ketika itu memberanikan diri hanya berbekalkan pengalaman berdepan dengan jin, itu pun bersifat pasif bukan dominan. Biasanya jin baru itu akan datang ke rumah penulis ketika di tengah malam akan menganggu penulis mengetuk tingkap-tingkap rumah dan sekali-sekala mencuit penulis ketika lena tidur kadang-kadang nampak lintasan bayang hitam atau putih tetapi tidaklah 'face to face' macam dulu seperti siri-siri yang terdahulu.




Friday, November 20, 2009

Apa tu! 55

Bukan nak tunjuk aksi tetapi kesungguhan mahu tunjuk apa itu. Penulis mengambil masa begitu lama sebelum mendedahkan perkara itu dalam blog. Bercampur rasa malu tetapi memikirkan kisah-kisah berlaku ke atas penulis, diberanikan memaparkannya.

Pembaca mungkin berkata agak-agak perbuatan tangan sendiri atau sewaktu dengannya. Sila rujuk siri cakaran 8. Cakaran ini berlaku selepas 3-4 kali siri blog ini mula dipaparkan kepada pembaca. Peristiwa ini masih gagal untuk menghentikan usaha penulis meneruskan kisah -kisah jin dalam blog.

Peristiwa cakaran ini berlaku agak-agak melebihi 50 kali sepanjang sejarah hidup penulis tanpa mengira tempat di tangan, tengkuk biasanya di belakang, muka dan badan. Tidak sukar mengetahui ada kesan cakaran kerana bila dibasahi air terasa pedih sangat. Kesan cakaran biasanya 3 jalur di mana di tengah lebih dalam berbanding yang lain.

Penulis pernah mengalami kesan cakaran secara sepontan di muka. Peristiwa bukan sahaja di rumah tetapi di tempat lain dan berlaku apabila kita membacakan doa-doa ( Cerita tak abih age).

Monday, November 16, 2009

kembali daa....54


Sudah lama sangat penulis meninggalkan blog bak kata orang kalau berguru sudah hampir khatam dibuatnya. Tentu banyak cerita nak diperkatakan maklum aje. Terasa berderau darah dan seram sejuk dibuatnya maklum aje nak cerita pasal jin semula.


Agaknya suku sakat jin mahu dengar dan layari kisah keturunan mereka berkaitan dengan manusia yang bernama penulis untuk tatapan sejarah anak cucu.