Wednesday, December 30, 2009

Terlepas mulut harimau masuk mulut buaya 60


Biasanya kita akan menjadi panik bila ketahui kita menjadi mangsa gangguan jin. Perkara pertama yang mungkin dilakukan ialah mendapat nasihat orang tua jumpa bomoh tertentu yang mahir dan berpengetahuan pasal jin. Tak salah jika demikian tindakan kita tu cuma hati-hati dan selidik dahulu siapa bomoh tu. Tetapi antara kita termasuk penulis tanpa banyak perkiraan dan penelitian asalkan sembuh sudah.

Masa sakit dan menjadi mangsa gangguan jin hampir siang malam ingatkan Tuhan. Tasbih, solat dan Al-quran tak lekang di sisi walaupun tak fasih dan berpengetahuan. Lega benar dan bersyukur kepada Tuhan doa dah dimakbulkan segala gangguan terlerai.

Namun apa yang banyak berlaku antara kita apabila terlepas gangguan jin tetapi corak hidup sudah berubah mula-mula masih taat tetapi lama kelamaan segala tingkah laku semasa ada gangguan telah tiada malah ada yang lebih teruk dari itu jin pun menggeleng kepala macam itu kah!

Tak adalah hasrat penulis berkata demikian tetapi yang penting samada sembuh atau tidak bukan hak mutlak kita. Kita hanya merancang Tuhan tentukannya. Yang penting kesabaran mesti ada.

Saturday, December 26, 2009

Tolong atau mencari nama 59


Kita berbalik siri 56. Tuan rumah beberapa hari kemudian biasanya selepas seminggu akan memberitahu bahawa rumahnya kini dah ok tak ada dah macam dulu banyak gangguan. Bolehlah tidur lena.

Kawan bertanya kepada penulis kamu baca apa ?
Penulis menjawab kenalah berusaha bangun malam solat hajat minta dengan Tuhan semuanya yang dalam pengetahuan Nya. Kena tunjuk kesungguhan mudahan Allah makbulkan. Kita sebagai insan kena terima apa-apa yang berlaku samada doa dimakbulkan atau tidak. Kita sebagai insan biasanya amat berharap yang baik aje. Kadang-kadang gembira kadang-kala kecewa. Biasalah tu!

Tetapi tidak semudah itu, gangguan ke atas penulis akan berlaku bak kata orang kita nak tolong orang melepaskan sesuatu tetapi tidak semudah itu akan berlaku. Lebih-lebih lagi benda itu sudah bersarang dan berdamping dengannya sudah lama. Kalau tidak mengapa orang akan menuruti kata-kata bomoh sehingga hari ini katanya nak melepaskan ikatan perlukan pengorbanan atau ikuti kata jin dengan mengadakan upacara-upacara yang pelik yang sudah tentu akan menyesatkan manusia.

Kalau kita sebagai mangsa sudah tentu tidak teragak-agak untuk menuruti apa saja upacara asalkan matlamatnya sembuh walau apa cara sekali pun. Sila rujuk kaset kisah jin 36.

Thursday, December 17, 2009

Dibelasah cukup-cukup 58


Apabila penulis mengakhiri ayat siri ke 57 penulis berasa erlaku kelainan. Terasa benar seolah-olah diperhati terutama emosi, jantung berdenyup-denyup dengan kuat dan hati berdebar-debar. Lain benar rasanya malam ni tidak seperti biasa.


Malam tu! penulis awal-awal lagi sukar melelapkan mata dan hati berkata sudah! akan berlaku gangguan malam ni! Apa yang berlaku malam tu seperti yang dijangka berlaku. Selain sukar tidur berlaku kerap benar berjaga malam, boleh dikatakan lebih 5-7 kali berjaga diselangi mimpi menakutkan.


Apabila penulis berjaga bangun pagi terasa sakit benar pada dada. Kesan terasa macam di tampar dan di pukul pada bahagian dada dan seolah luka dalam bahagian dada. Biasanya hanya tanda-tanda cakaran kecil aje! . Kini selepas 2 minggu baru kesan sakit pada dada sudah hilang. Syukur Allahamdulillah harap-harap jangan kerana ada penyakit lain. Bagi penulis InsyaAllah ' tiada yang mampu menghalang penulis untuk meneruskan penulisan blog ini.

Sunday, December 6, 2009

Mahu ikut ! 57


Biasanya apabila penulis ke rumah member memanglah tak nampak apa-apa pun walaupun pakai mikroskop pun. Biasanya tuan rumah akan cerita gangguan dihadapinya. Kita layan aje ceritanya pasal bunyi-bunyian. Kita tanya lagi ada nampak ke? katanya tak adalah tapi lintasan adalah.
Sudah cukup penulis mencerita kisah -kisah gangguan akan membuat tuan rumah rasa gelisah. Penulis akan masuk ke bilik-bilik untuk intip tapi tak ada tanda besar kepala atau rasa lengan meremang kata orang ada jin dekat-dekat situ. Tapi bagi penulis bukan pasal jin sangat tapi kita yang sebenarnya rasa takut dan gelisah tak tenang.

Medan sebenarnya waktu malam bila penulis di rumah sendiri akan pasang telinga bunyi macam-macam campur gelisah. Kehadiran mereka lebih tepat masa kita syok tidur. Kalau masa kita sukar nak tidur malam kemungkinan besar dia akan datang mengacau malam nanti.

Biasanya mengikut pengamatan penulis gangguan jin terhadap penulis akan berlarutan sehingga malam ke 3. Lepas tu oklah... Timbul pulak persoalan di sini adakah jin akan mengikut penulis pulang ke rumah... jawapannya mengikut pengalaman-pengalaman lepas bersama bomoh boleh lihat episod yang lepas antaranya 20, 23 dan 27, ada berat kemungkinannya. Perkara itulah penulis cuba membuat kajian bagi penulis bukan setakat ikut pulang malah mengikuti penulis ke mana penulis pergi.