Monday, May 3, 2010

Lebam 64


Masih berkisar kisah jin. Penulis cuba memisah tempat tidur 2 orang anak perempuan dengan penulis. Suatu hari penulis terpandang paha anak ke 3 kenapa lebam terdapat 3 tompok lembam di bahagian paha. Entah-entah kakak yang cubit tapi kakak puas menafikannya. kut--kut kawan-kawan kat tadika buat tapi takkan begitu sekali.


Puas penulis memikirnya siapanya yang terlibat. Entah-entah abangnya tapi kuat dinafikannya. Kata orang "kena kerkoh kat jin"Selang seminggu kemudian berlaku pemandu kereta yang mengambil anak ke tadika mengadu kepada isteri penulis keluarga tidak lena tidur malam asyik diganggu agaknya jin kut katanya lebam-lebam di badan termasuk ahli keluarganya.


OH rupanya mu punya kerja. ku sangkakan manusia tapi jin. Tak apa mengamuk juga penulis hari tu. Habis rumah disimbah air bacaan doa.

Tak cukup dengan itu penulis terpaksa tak jadi mengasingkan anak-anak kerana mereka tidak bersedia untuk menghadapinya lagi. Melihat asyik sakit yang berpanjangan lebih elok di bawah pemerhatian penulis waktu tidur kerana jin amat aktif waktu kita tengah tidur. Penulis perlu memikir tentang jin walaupun malas nak fikirkan. Minta Allah lindung kami sekeluarga dari gangguan jin dan syaitan.


Terfikir pula penulis banyak musuh ke terutama jin. Atau banyak pendamping? Tuhan sahaja Maha Mengetahui.

Sunday, March 7, 2010

Bukan Anak Jantan 63




Masa gambar berlaku akhir tahun 2009. Dalam masa kita tunjuk marah kat jin. Dia pun apa kurang tunjuk seolah-olah dia lebih memenangi pertandingan makhluk yang tak nak nampak lawan.

Kesan cakaran berlaku di bahagian lengan sebelah dalam. Penulis ingat ia berlaku ketika penulis tengah tidur. Bagi penulis pertandingan itu sebenarnya dimenangi oleh penulis bukan jin sebab dia sebenarnya bukan anak jantan sejati melainkan memang dia anak betina. Kalau berani 'face to face' bukannya time syok tidur agaknya itu aje yang mampu dilakukannya sehingga hari ini.

Penulis nak tunggu sejauh mana keberanian dia .. tungguuu.... Penulis pun menyiapkan 'senjata baru' yang mampu mencederakan dia.

Friday, February 12, 2010

Apa nak buat kalau jadi macam tu! 62


Gigit penulis mengacip rapat rasa tanda marah amat sangat. Ini hari mu tak tahu bila hari aku. Bak kata orang dendam tu tetap tertanam dalam kesumat. Bila agaknya hari penulis mengenakannya pulak! Penulis ingin benar untuk melihat siapa gerangan jin yang berani benar menyentuh dan melukai penulis.




Kalau di beri umur panjang mahu penulis sengkeh kepala jin tu! secara 'live' .

Friday, January 15, 2010

Kena lagi! 61




Masuk tahun baru tetapi gambar ni di ambil semasa siri ke 53. Kawan penulis mengadu anaknya sukar tidur umur lingkungan 1 tahun. Penulis sempat menyampuk biasalah budak-budak selalu sakit. Tetapi kawan penulis menafikannya. Tepat masa pukul 12.30 anaknya menangis semacam bukan lapar atau sakit.

Pada mulanya penulis diam aje tak mahu kata apa-apa tetapi kerana kawan penulis mengulangi perkara yang sama pada hari yang lain penulis berkata cuba bagi nama. Malamnya penulis akan bangun malam solat hajat dan tahaajud.

Apa yang berlaku malam berikutnya penulis mengalami kesukaran tidur dan mimpi jumpa hantu. Kesannya kebesokkannya penulis mendapati terdapat tanda cakaran pada lengan. Selang beberapa minggu penulis sempat bertanya keadaan anaknya cepat-cepat dijawabnya anak dah ok! tak nangis macam tu!
Penulis dalam hati menjawab budak tu tetapi aku jadi mangsa kemarahan jin nak buat macam mana jin tak takut sama aku!.