Friday, January 15, 2010

Kena lagi! 61




Masuk tahun baru tetapi gambar ni di ambil semasa siri ke 53. Kawan penulis mengadu anaknya sukar tidur umur lingkungan 1 tahun. Penulis sempat menyampuk biasalah budak-budak selalu sakit. Tetapi kawan penulis menafikannya. Tepat masa pukul 12.30 anaknya menangis semacam bukan lapar atau sakit.

Pada mulanya penulis diam aje tak mahu kata apa-apa tetapi kerana kawan penulis mengulangi perkara yang sama pada hari yang lain penulis berkata cuba bagi nama. Malamnya penulis akan bangun malam solat hajat dan tahaajud.

Apa yang berlaku malam berikutnya penulis mengalami kesukaran tidur dan mimpi jumpa hantu. Kesannya kebesokkannya penulis mendapati terdapat tanda cakaran pada lengan. Selang beberapa minggu penulis sempat bertanya keadaan anaknya cepat-cepat dijawabnya anak dah ok! tak nangis macam tu!
Penulis dalam hati menjawab budak tu tetapi aku jadi mangsa kemarahan jin nak buat macam mana jin tak takut sama aku!.