Masih berkisar kisah jin. Penulis cuba memisah tempat tidur 2 orang anak perempuan dengan penulis. Suatu hari penulis terpandang paha anak ke 3 kenapa lebam terdapat 3 tompok lembam di bahagian paha. Entah-entah kakak yang cubit tapi kakak puas menafikannya. kut--kut kawan-kawan kat tadika buat tapi takkan begitu sekali.
Puas penulis memikirnya siapanya yang terlibat. Entah-entah abangnya tapi kuat dinafikannya. Kata orang "kena kerkoh kat jin"Selang seminggu kemudian berlaku pemandu kereta yang mengambil anak ke tadika mengadu kepada isteri penulis keluarga tidak lena tidur malam asyik diganggu agaknya jin kut katanya lebam-lebam di badan termasuk ahli keluarganya.
OH rupanya mu punya kerja. ku sangkakan manusia tapi jin. Tak apa mengamuk juga penulis hari tu. Habis rumah disimbah air bacaan doa.
Tak cukup dengan itu penulis terpaksa tak jadi mengasingkan anak-anak kerana mereka tidak bersedia untuk menghadapinya lagi. Melihat asyik sakit yang berpanjangan lebih elok di bawah pemerhatian penulis waktu tidur kerana jin amat aktif waktu kita tengah tidur. Penulis perlu memikir tentang jin walaupun malas nak fikirkan. Minta Allah lindung kami sekeluarga dari gangguan jin dan syaitan.
Terfikir pula penulis banyak musuh ke terutama jin. Atau banyak pendamping? Tuhan sahaja Maha Mengetahui.