Monday, October 27, 2008

Bungkus selimut 38


Penulis masih ingat ketika malam pertama apabila penulis bertekad untuk membuang segala perkara-perkara khurafat seperti tangkal, doa serampah dan berubat dengan bomoh menurun. Ketika itu penulis berkata nak jadi jadilah. Hanya ku serah diriku kepada Allah S.W.T dan berharap aku boleh bersabar ujian dariNya.


Malam itu penulis tidak lagi dibungkus dengan tangkal dan berharap tidak berlaku apa-apa terhadap penulis. Dengan selingan ayat-ayat al-Quran untuk dibaca sebelum tidur seperti biasa.

Di tengah malam penulis dikejutkan dari tidur dan mendengar pergerakan dari dapur seperti alien. Tiba-tiba aje pergerakan semakin dekat penulis berkata sudah... penulis terus menarik selimut dan membungkus diri.


Penulis dapat merasa sesuatu sudah berada di sebelah kiri penulis. Kali ini jin memekik aarrrrrrgg....... di telinga penulis. Penulis memaling ke sebelah kanan jin itu beralih ke sebelah kanan dengan memekik aarrrrrrggggg...... penulis pun terus bingkas bangun sambil mencabar jin dan menyumpah jin itu tetapi jin itu terus menghilangkan diri.

Tuesday, October 21, 2008

Bapak Jin37


Malam tu penulis masih tidur di bilik dan tengah syok tidur penulis dikejutkan sesuatu. Wah!siapa pulak yang kejutkan aku tengah malam ni. Tapi tak nampak apa-apa pun dalam benak hati berkata kalau dapat jumpa dengan ET korea seronok jugak.


Tiba-tiba penulis dikejutkan dengan bunyi pergerakan di luar rumah. Ketika itu penulis masih berbaring di katil. Pergerakan bunyi itu nyata sekali dan semakin menghampiri tingkap bilik. Bunyi itu amat berbeza sebelumnya seolah-olah ada orang di luar rumah.


Penulis ketika itu kepala penulis berhampiran dengan tingkap dengan tak semena terkejut besar apabila melihat kepala jin menembusi dinding bilik berhampiran tingkap. Penulis terus bangun dari katil memandang kepala jin yang besar sekali hampir sebesar meja makan. Rupanya macam kepala manusia tetapi besar dan menggerunkan. Jin hanya menjenguk kepala sahaja sedangkan bahagian badannya masih di luar rumah.


Penulis hanya diam aje! dan terpaku dan lama kemudian jin itu keluar semula meninggalkan penulis. Walau pun apa yang berlaku penulis masih mahu meneruskan tidur di katil itu walaupun tak boleh tidur pun selepas itu.

Friday, October 17, 2008

Kaset kisah jin 36


Pada suatu hari penulis tidak semena-mena membeli dan mendengar ceramah agama kisah jin oleh ustaz ismail kamus. Antara kata-kata beliau yang menarik perhatian penulis ialah adalah dilarang sama sekali berubat dengan bomoh yang menurunkan(membela jin) walau bagaimana teruknya pesakit itu. Biarlah kita mati tanpa berubat daripada bersubahat dengan bomoh menurun kerana melibatkan perkara akidah. Carilah bomoh-bomoh yang menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai alternatif. Dilarang sama sekali memakai tangkai-tangkai apa lagi mempercayai kekuasaan tangkai menghalang dan menyembuh daripada gangguan jin.

Walau apa alasan kita disebabkan keinginan kita untuk cepat sembuh maka dilarang sama sekali melanggar perintah melarang berubat dengan bomoh menurun dan memakai tangkai. Kata-kata itu cukup mendatang insaf kepada penulis. Penulis bertekad membuang semua sekali tangkai-tangkai yang dimiliki dan doa-doa serampah.

Ketika itu sudah menghampiri lebih 2 tahun penulis berhadapan dengan gangguan jin. Apa yang berlaku kepada penulis apabila sahaja penulis membuang tangkai-tangkai dan penulis menyerah diri penulis hanya kepada Maha Pencipta Yang Berkuasa segala-galanya. Nak jadi-jadilah.

Apa yang berlaku gangguan semakin hebat dan nampak nyata gangguan itu.



Monday, October 13, 2008

Doa Serampah 35


Penulis merasa cukup pening kedatangan ET korea dari mana datangnya ia? Adakah amalan menghafal penulis doa serampah yang diberikan oleh haji. Pada mulanya penulis merasa seronok ketemu ET korea tetapi mulai risau keadaan itu.


Penulis sempat ketemu Haji dan bertanyakan haji apa sudah jadi? Tujuan menghafal doa serampah untuk menjauhkan gangguan sekarang lain pulak yang jadinya. Haji sempat berkata jangan risau gangguan sementara aje! dan tidak perlu khuatir kerana itu tanda ucapan selamat tinggal oleh jin.


Penulis mula khuatir dan bertekad untuk meninggalkan amalan menghafal doa serampah yang diberikan oleh haji walaupun dilarang oleh haji. Kemudian penulis tidak lagi menghafal doa serampah itu lagi.


Apa yang berlaku apabila penulis berhadapan lebih banyak dugaan gangguan selepas itu.

Wednesday, October 8, 2008

ET korea 34




Agak lama penulis tidak memulakan cerita disebabkan raya banyak perjalanan selain cuba menyelesaikan kes berkaitan dengan keluarga boleh dikatakan serius dan diutamakan sehingga penulis tidak mempunyai tidur yang cukup malah masa makan terganggu. Namun penulis tidak mahu menulis kes itu kerana lebih menumpukan blog penulis berkaitan dengan jin.

Penulis menyambung semula paparan lepas berkaitan selepas 7 hari 7 malam. Pada suatu malam penulis telah kembali tidur di bilik asal penulis. Tengah syok tidur tiba-tiba penulis merasakan sesuatu pergerakan di atas dada penulis.

Apabila penulis membuka mata terkejut benar apabila melihat satu makhluk berada di atas dada penulis. Mata penulis bertentangan dengan mata jin itu. Matanya sepet tetapi luas seperti orang korea. Kulitnya kekuningan yang terang. Jarinya halus dan macam jeli mainan kanak-kanak dan hampir tidak mempunyai tulang jari.
Saiznya macam budak umur 3 tahun. Penulis ketika itu terpaku berbaring dan jin itu juga terkejut tetapi tidak bergerak langsung. Penulis ketika itu langsung tidak merasa takut dengan jin itu malah merasa terpesona dengan jin itu yang penulis anggap amat cantik dan cute. Tidak sangka terdapat juga makhluk jin yang cantik berbeda benar dengan jin makhluk berbulu yang berwajah amat menakutkan teruk benar rupanya.
Agaknya jin betina kut! kemudian jin itu melompat ke atas siling dengan menukar warna kuning kepada hijau seperti lompatan monyet. Dengan 2 kali lompatan sudah cukup menghilangkan diri dari bilik penulis.
Penulis hampir tidak tidur malam itu tetapi tidak pula takut dan terus berada dalam bilik itu. Dalam hati penulis kalau malam-malam jin macam itu datang dekat penulis tak apa asalkan jangan selongkar kain penulis sudah!. Rupa ET makhluk asing UFO itu hampir menyamai gambaran makhluk jin yang penulis tonton. Sebab itu penulis menamakan ET korea.

Bagi penulis samada cantik atau buruk itu bukan menggambarkan peribadi sebenar makhluk itu.