Pada suatu hari penulis tidak semena-mena membeli dan mendengar ceramah agama kisah jin oleh ustaz ismail kamus. Antara kata-kata beliau yang menarik perhatian penulis ialah adalah dilarang sama sekali berubat dengan bomoh yang menurunkan(membela jin) walau bagaimana teruknya pesakit itu. Biarlah kita mati tanpa berubat daripada bersubahat dengan bomoh menurun kerana melibatkan perkara akidah. Carilah bomoh-bomoh yang menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai alternatif. Dilarang sama sekali memakai tangkai-tangkai apa lagi mempercayai kekuasaan tangkai menghalang dan menyembuh daripada gangguan jin.
Walau apa alasan kita disebabkan keinginan kita untuk cepat sembuh maka dilarang sama sekali melanggar perintah melarang berubat dengan bomoh menurun dan memakai tangkai. Kata-kata itu cukup mendatang insaf kepada penulis. Penulis bertekad membuang semua sekali tangkai-tangkai yang dimiliki dan doa-doa serampah.
Ketika itu sudah menghampiri lebih 2 tahun penulis berhadapan dengan gangguan jin. Apa yang berlaku kepada penulis apabila sahaja penulis membuang tangkai-tangkai dan penulis menyerah diri penulis hanya kepada Maha Pencipta Yang Berkuasa segala-galanya. Nak jadi-jadilah.
Apa yang berlaku gangguan semakin hebat dan nampak nyata gangguan itu.
3 comments:
Bang, lawan semua jin (yang jahat la) dan setan itu. Lagipun Allah jadikan kita sebagai the best of makhluks, maka jin pun kena tabik kat kita. Cakap baik2 kat jin supaya buat tabik hormat kepada kita puak manusia.
selamat menulis juga =)
Assalamualaikum
Betul seperti yg dikatakan oleh Ustaz Ismail Kamus. Apabila kita berubat dengan org yg mempunyai pendamping, maka sebenaqnya pendamping itu yg menjaga kita dan pendamping itu tidak dapat menahan segala serangan dari pendamping org lain atau senang cakap jin lain yg lebih kuat maka kita terkena balik gangguan. Sampai ke sudah tak dapat nak selesaikan masalah. Ataupun, last but not least, yg lagi teruk kalau org yg memberi kita ubat itu sendiri yg mengganggu kita menggunakan pendamping yg kononnya menjaga kita. Got it?
Lebih baik berserah kepada Allah yg Maha Perkasa. Ingat balik akan permintaan Iblis Laknatullah yg meminta supaya diberikan hingga akhir zaman keupayaan menyesatkan anak2 adam dari hadapan, belakang, kiri dan kanan. Allah berikan keupayaan tersebut tapi Allah jugak berfirman yg iblis tak akan dapat menyesatkan anak2 adam selagi mereka ada atas (doa) dan bawah (solat).
Wallahu A'lam
Post a Comment