Monday, November 24, 2008

genggaman jin 44


Malam tu penulis tidak dapat tidur lena walaupun badan keletihan dan tidur lewat. Macam-macam datang mata sukar melelapkan diri. Sedar-sedar aje penulis digerakkan oleh isteri katanya malam tadi abang tidur meracau dan bila disentuh badan menjadi panas katanya demam masih belum kebas malah semakin menjadi semakin teruk.


Namun penulis masih masih bertekad untuk bangun untuk pergi kerja. Walaupun kepala terasa ting-tong penulis membawa kereta lebih perlahan dari biasa. Dalam perjalanan penulis bercakap banyak lebih daripada biasa kepada rakan-rakan penulis yang turut menumpang sekali. Jarak ke tempat kerja 96 km pergi saja.


Di tempat kerja penulis merasa panas sejuk kembali nak demam. Penulis minta kebenaran untuk keluar ke klinik. Sebelum ke klinik penulis singgah ke warung untuk minum. Semasa di warung penulis seolah-olah sengaja memesan air fresh oren walaupun ketahui warung itu tidak menjual air tersebut.


Semasa sedang minum keseorangan penulis merasa sesuatu yang datang dari belakang terus memaku pergerakan penulis seolah-olah makhluk menembusi tubuh penulis. Penulis merasa menjadi pilu dan hendak menangis. Penulis sempat mendail kepada rakan penulis untuk datang membantu penulis.


Apabila 2 rakan penulis datang penulis tidak dapat berkata apa-apa hanya membuat isyarat tangan dan menulis pen pada kertas. Penulis sempat memesan rokok padahal sudah 2 tahun berhenti merokok minta dunhil besar pulak tu yang kecil tak mahu.


Apabila sampai ke rumah sewa rumah rakan penulis diminta berehat. Apabila penulis masuk ke tandas penulis merasa didatangi oleh suatu mahluk yang sudah melekat pada badan penulis. Penulis ketika itu merasa macam didorong oleh suara yang menyuruh terjun dari tempat tinggi.


Ketika itu penulis cuba hendak solat tetapi tidak ingat lagi ayat yang hendak dibaca dan fikiran melayang hanyut dan lupa diri terutama apabila rakan-rakan meninggal penulis keseorangan.

Thursday, November 20, 2008

Sapaan Jin 43


Penulis masih ingat ketika baru aje terlibat dalam kemalangan semasa berulang alik ke tempat kerja. Syukur penulis hanya cedera sikit sakit di bahagian dada terasa pedih akibat hentakan Pelampung udara kereta. Kemudian Penulis mengalami demam panas hampir seminggu.


Betul kata orang tua kalau badan tak cukup kuat jangan berani mencabar jin. Pada malam tu penulis tidur lewat kerana menonton badminton piala dunia perlawanan wong choon Hann dengan pemain china. Penulis turun ke tingkat bawah rumah sewa untuk mengambil makanan tiba-tiba bunyi hentakan di dapur. Ketika itulah penulis memarahi dan mencabar jin.


Sudah menjadi kebiasaan penulis sebelum tidur mengambil air sembahyang. Ketika di tandas itu penulis disapa oleh suara yang menegur penulis. Rajin... nampak... warakk... Penulis membalas kata-kata kenapa .. tak payah nak ajar.. bagaimana nak jadi warak .. kamu siapa ... aku manusia lebih baik... .


Ketika penulis keluar dari tandas penulis sempat memandang kembali ke tandas tetapi dibalas bunyi hhhmmm..... macam suara tidak puas hati.

Friday, November 14, 2008

Ular Berdesir 42


Di waktu senja atau malam hari orang tua selalu berpesan jangan bercakap pasal ular disaat itu. Penulis masih ingat ketika penulis menginap di sebuah rumah sewa bersama keluarga. Malam itu penulis dan keluarga bercakap pasal ular besar yang memasuki rumah jiran. Besar sungguh ular itu kata isteri penulis.

Malam itu ketika penulis terjaga dari tidur perkara yang sukar berlaku kerana penulis biasanya tidur lena hingga ke subuh. Penulis mendengar sesuatu pergerakan di dapur. Terdengar bunyi desiran seperti ular. Penulis baru teringat kata-kata perbualan pasal ular besar. Walau bagaimana pun penulis tidak mahu menjenguk ke dapur melihat perkara yang berlaku lagipun ia tidak menghadirkan diri di depan penulis. Biarkan aje aksinya!

Pada pengetahuan penulis jin adalah sesuatu makhluk yang suka berbesar diri. Tidak suka mendengar yang lebih baik berbanding diri seperti manusia juga.

Sunday, November 9, 2008

Pelepas 41


Bukan senang nak lepaskan cengkaman jin. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Jika tidak diringi kesabaran, kuat semangat dan doa entah bagaimana kesudahannya. Jika ditanya sekarang pun adakah gangguan jin masih ada, penulis akan menjawab ya! tetapi ke tahap minima dimana penulis tidak dapat melihat secara mata ke mata seperti dulu. Hanya imbasan-imbasan kecil yang penulis anggap seperti langsung tidak melihat lagi jin. Gangguan iblis dan syaitan minta Allah jauhkan.


Semasa penulis mula-mula menulis blog ini bukan main takut lagi jika berlaku kemarahan jin dan keturunannya kerana melibatkan maruah masing-masing. Penulis sendiri terkena juga cakaran di bahagian dada. Tetapi kini gangguan semakin kurang hanya gangguan bunyi aje.


Sejak blog disiarkan penulis semakin gembira kerana gangguan jin semakin kurang. Agaknya jin pun boleh terima blog ini agaknya! Penulis rasa tak takut jin tetapi jin pun tak takut penulis pula itu masalahnya.


Penulis beria benar nak tengok jin seperti dulu-dulu supaya boleh dibuat cerita dalam blog.

Friday, November 7, 2008

satu hari dalam sejarah 40


Penulis benar-benar bersifat pasif apabila diganggu jin. Buat donor aje! Bila jin memekik arggghh... penulis berbuat mendiamkan diri seolah-olah tidak berlaku apa-apa dengan tidak mengendahkan kedatangan jin buat tak nampak aje! walaupun rasa takut terbenak dalam hati. Kita berbuat tak layan tetamu yang tidak diundang.


Apa yang berlaku selepas malam seterusnya amat berkesan taktik itu apabila jin tidak hadir menganggu penulis satu malam dalam sejarah. Penulis berasa sangat gembira. Namun pada malam berikutnya jin masih datang menganggu tetapi terus bersikap pasif.


Ternyata taktik itu berkesan apabila jin menjarakkan jadualnya untuk menganggu penulis 2 malam kepada 3 malam, 4 malam, 5 malam sehingga seminggu sekali sahaja. Nampak benar jin juga mempunyai perasaan terasa macam tetamu tidak diundang dan mengajuk macam manusia.


Penulis tidak boleh mengagak bahawa malam ini jin tidak menganggu kerana terasa benar jin masih berada persekitaran seolah turut mencuri mendengar perbualan penulis dengan keluarga penulis. Bila penulis berkata malam ini jin tidak datang menganggu berdasarkan jarak jadual kebiasaanya tetai berlaku sebaliknya jin turut datang. Maka penulis kini tidak lagi berbual pasal jin seolah-olah kewujudan jin tidak penting lagi dalam kehidupan penulis.

Saturday, November 1, 2008

Bertarik selimut 39


Selepas kejadian malam itu penulis semakin banyak berhadapan gangguan jin terutama di sebelah malam waktu aktif dan galak jin. Kali ini penulis tidak bertindak balas dan pasif. Apabila didatangi jin yang biasa akan memekik aarrrrgghhhh... di sebelah telinga kiri. Penulis akan memusing badan ke kanan. Apabila jin memekik aarrrrggghhhh... di sebelah telinga kanan penulis tidak bergerak hanya mendiamkan diri. Tidak seperti sebelumnya mencabar dan memaki jin.


Apa yang berlaku jin bertindak sebaliknya di luar jangkaan penulis apabila bertindak menarik selimut. Penulis pula bertindak menarik semula selimut. Jin menjadi semakin marah dan berlakulah tarik menarik selimut antara penulis dengan jin.


Lama kelamaan jin dengan sendiri meninggalkan penulis. Begitulah kejadian tarik menarik selimut hampir berlaku setiap malam.