Friday, November 7, 2008

satu hari dalam sejarah 40


Penulis benar-benar bersifat pasif apabila diganggu jin. Buat donor aje! Bila jin memekik arggghh... penulis berbuat mendiamkan diri seolah-olah tidak berlaku apa-apa dengan tidak mengendahkan kedatangan jin buat tak nampak aje! walaupun rasa takut terbenak dalam hati. Kita berbuat tak layan tetamu yang tidak diundang.


Apa yang berlaku selepas malam seterusnya amat berkesan taktik itu apabila jin tidak hadir menganggu penulis satu malam dalam sejarah. Penulis berasa sangat gembira. Namun pada malam berikutnya jin masih datang menganggu tetapi terus bersikap pasif.


Ternyata taktik itu berkesan apabila jin menjarakkan jadualnya untuk menganggu penulis 2 malam kepada 3 malam, 4 malam, 5 malam sehingga seminggu sekali sahaja. Nampak benar jin juga mempunyai perasaan terasa macam tetamu tidak diundang dan mengajuk macam manusia.


Penulis tidak boleh mengagak bahawa malam ini jin tidak menganggu kerana terasa benar jin masih berada persekitaran seolah turut mencuri mendengar perbualan penulis dengan keluarga penulis. Bila penulis berkata malam ini jin tidak datang menganggu berdasarkan jarak jadual kebiasaanya tetai berlaku sebaliknya jin turut datang. Maka penulis kini tidak lagi berbual pasal jin seolah-olah kewujudan jin tidak penting lagi dalam kehidupan penulis.

1 comment:

suparjo@blogspot.com said...

Zeks, baik mu kelik ke Kg Losong Ganu, mu gi cari berita pasal toyol hok curi pitis oghe kapung. Mu tangkap toyol nuh, masukkan ke kandang. Kemudian sapa nok tengok, kena bayar pitis, banyok pitis mu. Oghe sumo nok tengok menate tu...