Monday, December 15, 2008

Kebas Demam 47


Di tengah malam penulis merasa kebas demam semakin kurang dan bangun menunaikan solat zohor, asar, maghrib dan isyak serentak.


Setelah melalui pengalaman tekanan emosi dan perasaan pada siang hari hampir 16 jam benar- benar memberi pengalaman berguna kepada penulis dalam kata-kata berhati-hati kalau mahu berhadapan dengan jin. Kalau kita ada masalah peribadi kehidupan yang belum selesai jangan cuba-cuba cari masalah baru iaitu berhadapan dengan jin.


Pada siangnya penulis didatangi seorang tukang urut lewat 50-an yang berusaha memulihkan semangat penulis. Baru menyentuh beberapa bahagian anggota tubuh penulis pak tukang urut berhenti sejenak dan memandang tepat kepada penulis. Kamu ni! macam ada pendamping tetapi tak apa pakcik sudah ada pengalaman luas dalam hal-hal mengurut pesakit yang ada pendamping, sambil meneruskan urutannya.

Sunday, December 7, 2008

Terlantar teruk 46


Apabila sampai ke rumah adik perempuan penulis ditempatkan di ruang tamu dan saudara mara mula memenuhi ruang tamu untuk melihat keadaan penulis yang di dakwa keadaan nazak. Mulut penulis tidak berhenti mengadu kesakitan dengan nafas yang tersekat-sekat sehingga badan dan dada terangkat berulang kali.


Terdapat ahli keluarga menangis teresak-esak dengan membayang umur yang muda sudah mahu menghembuskan nafas terakhir. Datang ustaz melihat keadaan penulis disamping seorang doktor merawat keadaan penulis.


Tiba-tiba aje! Penulis tersedar dari situasi itu bahawa tiada apa yang pelik berlaku dan seolah-olah menjadi aktor terbaik dalam lakonan tersebut. Sesuatu yang tidak dapat penulis menolak kenyataan ialah pemikiran dan kekuatan fizikal benar-benar di bawah pengaruh jin. Dari payah dan kesakitan macam rasa nak mati membayangkan sakit juga kalau jin mahu keluar dari tubuh manusia.


Malam itu penulis ditemani oleh mak saudara penulis yang memang arif dengan pengaruh jin berdasarkan pengalamannya berhadapan dengan jin.

Monday, December 1, 2008

Terasa roh melayang 45


Kepala penulis terasa amat sakit kerana terasa benar rambut di tarik-tarik ke atas sampai nak tercabut daripada ubun-ubun kepala. Penulis tak tahu nak apa lagi kesakitan amat sangat hingga mundar ke hulu ke hilir. Rakan- rakan merasa amat hairan dan bertanya kenapa.


2 ustaz dipanggil untuk memulihkan keadaan penulis tetapi keadaan reda hanya seketika saja. Apabila ustaz sudah tiada penyakit itu kembali datang menyerang penulis. Apa yang mampu dilakukan oleh penulis supaya rakan-rakan penulis menghantar penulis pulang ke rumah.


Penulis sempat menelefon ahli keluarga dari kampung datang mengambil penulis semasa dalam persinggahan perjalanan. Penulis tidak mahu dihantar ke hospital kerana penulis bukannya sakit secara fizikal tetapi gangguan jin.


Apabila ketemu ahli keluarga penulis merasa amat pilu dan menangis sama sekali tidak dapat dikawal emosi oleh penulis. Dalam perjalanan pulang ke kampung penulis menangis teresak-esak macam budak kecil. Apabila hendak sampai ke kampung penulis merasa macam hendak mati. seolah-olah ajal sudah dekat. Terasa seolah-olah roh tercabut daripada tubuh penulis.