Kepala penulis terasa amat sakit kerana terasa benar rambut di tarik-tarik ke atas sampai nak tercabut daripada ubun-ubun kepala. Penulis tak tahu nak apa lagi kesakitan amat sangat hingga mundar ke hulu ke hilir. Rakan- rakan merasa amat hairan dan bertanya kenapa.
2 ustaz dipanggil untuk memulihkan keadaan penulis tetapi keadaan reda hanya seketika saja. Apabila ustaz sudah tiada penyakit itu kembali datang menyerang penulis. Apa yang mampu dilakukan oleh penulis supaya rakan-rakan penulis menghantar penulis pulang ke rumah.
Penulis sempat menelefon ahli keluarga dari kampung datang mengambil penulis semasa dalam persinggahan perjalanan. Penulis tidak mahu dihantar ke hospital kerana penulis bukannya sakit secara fizikal tetapi gangguan jin.
Apabila ketemu ahli keluarga penulis merasa amat pilu dan menangis sama sekali tidak dapat dikawal emosi oleh penulis. Dalam perjalanan pulang ke kampung penulis menangis teresak-esak macam budak kecil. Apabila hendak sampai ke kampung penulis merasa macam hendak mati. seolah-olah ajal sudah dekat. Terasa seolah-olah roh tercabut daripada tubuh penulis.
No comments:
Post a Comment