Wednesday, December 30, 2009

Terlepas mulut harimau masuk mulut buaya 60


Biasanya kita akan menjadi panik bila ketahui kita menjadi mangsa gangguan jin. Perkara pertama yang mungkin dilakukan ialah mendapat nasihat orang tua jumpa bomoh tertentu yang mahir dan berpengetahuan pasal jin. Tak salah jika demikian tindakan kita tu cuma hati-hati dan selidik dahulu siapa bomoh tu. Tetapi antara kita termasuk penulis tanpa banyak perkiraan dan penelitian asalkan sembuh sudah.

Masa sakit dan menjadi mangsa gangguan jin hampir siang malam ingatkan Tuhan. Tasbih, solat dan Al-quran tak lekang di sisi walaupun tak fasih dan berpengetahuan. Lega benar dan bersyukur kepada Tuhan doa dah dimakbulkan segala gangguan terlerai.

Namun apa yang banyak berlaku antara kita apabila terlepas gangguan jin tetapi corak hidup sudah berubah mula-mula masih taat tetapi lama kelamaan segala tingkah laku semasa ada gangguan telah tiada malah ada yang lebih teruk dari itu jin pun menggeleng kepala macam itu kah!

Tak adalah hasrat penulis berkata demikian tetapi yang penting samada sembuh atau tidak bukan hak mutlak kita. Kita hanya merancang Tuhan tentukannya. Yang penting kesabaran mesti ada.

Saturday, December 26, 2009

Tolong atau mencari nama 59


Kita berbalik siri 56. Tuan rumah beberapa hari kemudian biasanya selepas seminggu akan memberitahu bahawa rumahnya kini dah ok tak ada dah macam dulu banyak gangguan. Bolehlah tidur lena.

Kawan bertanya kepada penulis kamu baca apa ?
Penulis menjawab kenalah berusaha bangun malam solat hajat minta dengan Tuhan semuanya yang dalam pengetahuan Nya. Kena tunjuk kesungguhan mudahan Allah makbulkan. Kita sebagai insan kena terima apa-apa yang berlaku samada doa dimakbulkan atau tidak. Kita sebagai insan biasanya amat berharap yang baik aje. Kadang-kadang gembira kadang-kala kecewa. Biasalah tu!

Tetapi tidak semudah itu, gangguan ke atas penulis akan berlaku bak kata orang kita nak tolong orang melepaskan sesuatu tetapi tidak semudah itu akan berlaku. Lebih-lebih lagi benda itu sudah bersarang dan berdamping dengannya sudah lama. Kalau tidak mengapa orang akan menuruti kata-kata bomoh sehingga hari ini katanya nak melepaskan ikatan perlukan pengorbanan atau ikuti kata jin dengan mengadakan upacara-upacara yang pelik yang sudah tentu akan menyesatkan manusia.

Kalau kita sebagai mangsa sudah tentu tidak teragak-agak untuk menuruti apa saja upacara asalkan matlamatnya sembuh walau apa cara sekali pun. Sila rujuk kaset kisah jin 36.

Thursday, December 17, 2009

Dibelasah cukup-cukup 58


Apabila penulis mengakhiri ayat siri ke 57 penulis berasa erlaku kelainan. Terasa benar seolah-olah diperhati terutama emosi, jantung berdenyup-denyup dengan kuat dan hati berdebar-debar. Lain benar rasanya malam ni tidak seperti biasa.


Malam tu! penulis awal-awal lagi sukar melelapkan mata dan hati berkata sudah! akan berlaku gangguan malam ni! Apa yang berlaku malam tu seperti yang dijangka berlaku. Selain sukar tidur berlaku kerap benar berjaga malam, boleh dikatakan lebih 5-7 kali berjaga diselangi mimpi menakutkan.


Apabila penulis berjaga bangun pagi terasa sakit benar pada dada. Kesan terasa macam di tampar dan di pukul pada bahagian dada dan seolah luka dalam bahagian dada. Biasanya hanya tanda-tanda cakaran kecil aje! . Kini selepas 2 minggu baru kesan sakit pada dada sudah hilang. Syukur Allahamdulillah harap-harap jangan kerana ada penyakit lain. Bagi penulis InsyaAllah ' tiada yang mampu menghalang penulis untuk meneruskan penulisan blog ini.

Sunday, December 6, 2009

Mahu ikut ! 57


Biasanya apabila penulis ke rumah member memanglah tak nampak apa-apa pun walaupun pakai mikroskop pun. Biasanya tuan rumah akan cerita gangguan dihadapinya. Kita layan aje ceritanya pasal bunyi-bunyian. Kita tanya lagi ada nampak ke? katanya tak adalah tapi lintasan adalah.
Sudah cukup penulis mencerita kisah -kisah gangguan akan membuat tuan rumah rasa gelisah. Penulis akan masuk ke bilik-bilik untuk intip tapi tak ada tanda besar kepala atau rasa lengan meremang kata orang ada jin dekat-dekat situ. Tapi bagi penulis bukan pasal jin sangat tapi kita yang sebenarnya rasa takut dan gelisah tak tenang.

Medan sebenarnya waktu malam bila penulis di rumah sendiri akan pasang telinga bunyi macam-macam campur gelisah. Kehadiran mereka lebih tepat masa kita syok tidur. Kalau masa kita sukar nak tidur malam kemungkinan besar dia akan datang mengacau malam nanti.

Biasanya mengikut pengamatan penulis gangguan jin terhadap penulis akan berlarutan sehingga malam ke 3. Lepas tu oklah... Timbul pulak persoalan di sini adakah jin akan mengikut penulis pulang ke rumah... jawapannya mengikut pengalaman-pengalaman lepas bersama bomoh boleh lihat episod yang lepas antaranya 20, 23 dan 27, ada berat kemungkinannya. Perkara itulah penulis cuba membuat kajian bagi penulis bukan setakat ikut pulang malah mengikuti penulis ke mana penulis pergi.

Thursday, November 26, 2009

Mengenal jin 56



Penulis pernah berbual-bual dengan kawan pasal jin. Kawan hanya mendengar aje samada nak percaya atau tidak penulis pun tak kisah pasal tak perlu bayar. Selang beberapa hari kawan penulis menceritakan pada malam tu dia tak dapat tidur dan diganggu bayang-bayang jin. Sejak hari itu kawan tu meminta penulis menolong member dia yang rumahnya diganggu oleh jin.

Mulanya penulis menolak kerana buat apa cari pasal tetapi kerana simpati penulis terima juga tawaran lebih-lebih lagi tuan rumah sendiri yang bercakap sendiri dengan penulis. Penulis hanya menjenguk di rumahnya sabil minum teh tanpa melakukan apa-apa kerana bukannya ada ilmu setakat baca ayat-ayat lazim sikit-sikit bolehlah.

Penulis ketika itu memberanikan diri hanya berbekalkan pengalaman berdepan dengan jin, itu pun bersifat pasif bukan dominan. Biasanya jin baru itu akan datang ke rumah penulis ketika di tengah malam akan menganggu penulis mengetuk tingkap-tingkap rumah dan sekali-sekala mencuit penulis ketika lena tidur kadang-kadang nampak lintasan bayang hitam atau putih tetapi tidaklah 'face to face' macam dulu seperti siri-siri yang terdahulu.




Friday, November 20, 2009

Apa tu! 55

Bukan nak tunjuk aksi tetapi kesungguhan mahu tunjuk apa itu. Penulis mengambil masa begitu lama sebelum mendedahkan perkara itu dalam blog. Bercampur rasa malu tetapi memikirkan kisah-kisah berlaku ke atas penulis, diberanikan memaparkannya.

Pembaca mungkin berkata agak-agak perbuatan tangan sendiri atau sewaktu dengannya. Sila rujuk siri cakaran 8. Cakaran ini berlaku selepas 3-4 kali siri blog ini mula dipaparkan kepada pembaca. Peristiwa ini masih gagal untuk menghentikan usaha penulis meneruskan kisah -kisah jin dalam blog.

Peristiwa cakaran ini berlaku agak-agak melebihi 50 kali sepanjang sejarah hidup penulis tanpa mengira tempat di tangan, tengkuk biasanya di belakang, muka dan badan. Tidak sukar mengetahui ada kesan cakaran kerana bila dibasahi air terasa pedih sangat. Kesan cakaran biasanya 3 jalur di mana di tengah lebih dalam berbanding yang lain.

Penulis pernah mengalami kesan cakaran secara sepontan di muka. Peristiwa bukan sahaja di rumah tetapi di tempat lain dan berlaku apabila kita membacakan doa-doa ( Cerita tak abih age).

Monday, November 16, 2009

kembali daa....54


Sudah lama sangat penulis meninggalkan blog bak kata orang kalau berguru sudah hampir khatam dibuatnya. Tentu banyak cerita nak diperkatakan maklum aje. Terasa berderau darah dan seram sejuk dibuatnya maklum aje nak cerita pasal jin semula.


Agaknya suku sakat jin mahu dengar dan layari kisah keturunan mereka berkaitan dengan manusia yang bernama penulis untuk tatapan sejarah anak cucu.

Wednesday, March 11, 2009

Buatan orang 53


Baru-baru ini penulis sempat berbual dengan bekas chef yang membuka kedainya di depannya. Katanya ia menghadapi masalah kekurangan pelanggan sejak akhir-akhir ini. Saingan kedai makan berhampiran jelas menyebabkan ia hampir putus asa. Tak tahu apa kekurangannya pengalamannya sebagai chef selama lebih 14 tahun tidak menjamin kemajuan kedainya.
Sudah jumpa 3 orang bomoh memberikan jawapan yang hampir sama mengatakan kedai kamu kena buatan orang sambil memandang tepat kedai pesaingnya. Katanya orang kampung banyak mengatakan ini buatan pekedai yang sama.

Bila perkara ini diajukan kepada penulis. Menurut pengalaman penulis, bomoh banyak dengan muslihatnya.
1. Mengapa perlu jumpa bomoh kalau kedai bermasalah.
2. Apakah bomoh pakar perkara-perkara ghaib yang tidak dapat diketahui oleh kita.
3. Nak jumpa bomoh untuk mengesahkan sangkaan selama ini.
4. Bomoh memang arif apa soalan yang berlegar di kepala kita.

Menurut penulis banyak faktor-faktor boleh diambil kira mengapa kedai tak laku.
1. persekitaran
2. rezeki
3. pengaruh jin sekitar
Hebat benar ke 24 jam hantar jin kacau kedai kita.
Tak baik tuduh orang hanya bersandarkan kata dan bukti bomoh.
Kalau hendak juga berubat jumpa ustaz-ustaz tetapi takkan berharap penuh bergantung kepada ustaz. KAN elok usaha sendiri perlahan-perlahan mudah-mudahan Tuhan makbulkan doa kita.


# sudah 2 minggu penulis gagal membuka blog penulis sendiri , sehingga terima komen suparjo. terima kasih. entah mengapa.

Wednesday, February 18, 2009

Ranting kayu melambung dengan sendiri 52


Akibat terlantar teruk episod 46 , selepas 2 minggu peristiwa nasi kunyit penulis berpindah ke rumah sewa yang lain tidak jauh dari situ. Melihat kepada keadaan fizikal dan emosi masih terusik tiada keyakinan penuh untuk berhadapan dengan jin lagi. Penulis terpaksa mengalah untuk kepentingan ahli keluarga lain.


Namun apa yang dialami rumah sewa tidak jauh berbeza dengan rumah sewa lama cuma rasa gerun sudah semakin kurang. Pada maghrib itu isteri penulis mengadu pasal pintu pagar asyik berbunyi bila menjelang tengah malam. Penulis menyampuk tiada apa-apa yang pelik yang berlaku untuk menyedap hati isteri penulis.


Belum sempat meneruskan penafian tersebut secara tiba-tiba satu ranting kayu yang kecil muncul melambung di depan mata kami dan jatuh di depan mata. Kami begitu terkejut dengan apa yang berlaku. Ranting Kayu sebesar jari manis. Kami kaget dan diam dengan apa yang berlaku langsung tidak menduga dari mana ranting kayu itu datang padahal kami berada di dapur. Puas kami memikirnya tentangnya tanpa mendapat jawapan.


Agaknya jin cuba menolak andaian-andaian diberi oleh penulis tentang pagar berbunyi dan itu datang daripada kelakuan 'mereka'. Namun bagi penulis selagi kemunculan secara 'live' tidak hadir sukar untuk menyatakan kebenarannya secara mutlak.

Sunday, February 8, 2009

Penangan Nasi kunyit 51


Tiba-tiba aje nasi kunyit terdampar di depan pintu. Siapa pulak yang menghantarnya. Agaknya jiran kok meletaknya di pintu setelah puas memanggil penulis atau isteri penulis. Terlalu sangkaan berlaku, bagi memuaskan hati nasi kunyit di simpan di dalam peti sejuk tanpa menyentuhnya sehingga sudah pasti kisahnya.


Namun takkan sampai hati kalau jiran meninggal makanan begitu aje dengan terdedah tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada tuan rumah sekurang-kurannya meninggal nota atau telefon. Nasi kunyit( pulut kuning) begitu sinonim bagi masyarakat melayu dengan pelbagai tujuan persembahannya.


Kebesokkan harinya isteri penulis ke rumah jiran-jiran dan menanyakan kisah nasi kunyit dihantar di depan pintu. Maka jawab salah seorang jiran bahawa dia yang meletakkan nasi kunyit di situ kerana dia mendengar suara dalam rumah mengarah meletak sahaja di depan pintu. Isteri penulis terpinga-pinga dan menafikan itu adalah suaranya atau penulis. Timbul disini suara siapa pulak tu yang memandai-mandai menganggu urusan manusia.

Monday, January 26, 2009

Botol Puaka 50


Belum ada pada perubahan pada diri penulis berkenaan gangguan jin bomoh siam sudah mendapat tempahan daripada besan keluarga penulis. Penulis turut sama hadir ke rumah besan keluarga kerana kononnya cuba mengubati keseluruhan rumah tersebut.


Mok besan beria-ria benar meminta bomoh siam melihat-lihat suasana di rumahnya. Katanya ia sukar tidur dan banyak gangguan jin mengakibatkan hubungan dengan suaminya tidak mesra. Bila penulis bertanya Moknya ada nampak ke! Jawabnya tak dahlah tapi bunyi adalah.


Tok bomoh siam memulakan dengan bertanya arah kiblat dan melakukan solat sunat hajat. Penulis berkata dalam hati warak juga walaupun memakai pakaian biasa. Setelah itu bomoh siam memulakan upacaranya dengan mengeluarkan perkakasnya seperti kain, selindang serba kuning serta kemenyan colok cina dibakar. Tok bomoh mengarah mengambil tanah di luar rumah dimasukkan ke dalam baldi.


Bacaan wirid diikuti mentera yang sukar difahami sehingga suaranya mengamit suasana rumah tetapi tidaklah sampai pengsan seperti mengubati penulis. Tiba-tiba aje tok bomoh bingkas bangun meminta ahli keluarga besan memeriksa pakaian sambil kocek pokek di keluarnya sambil meminta tanah didalam baldi di keluarkan di atas lapisan kain kuning sebanyak beberapa lapisan.


Selepas itu mentera dibacakan dan akhirnya meminta ahli keluarga besan memeriksa lapisan kain pertama di dalam lubang tetapi tak nampak apa-apa pelik pada tanah tersebut. Sehingga ke lapisan kain kuning terakhir maka terpacarlah botol kecil berisikan paku,jarum,rambut dan darah. Maka berteriaklah orang ramai terutama isteri keluarga besan itulah abang tak percaya bila kita cakap ada orang hendak khianat abang tak percaya. Si suami terkebil-kebil sambil mengangguk tanda setuju.


Mulalah orang ramai melaung tanda hebat-hebat... tok bomoh sementara penulis hanya mendiamkan diri aje! Bila dalam perjalanan pulang ke rumah barulah penulis menyatakan tok bomoh tak hebat dan kamu semua ditipu tok bomoh kerana penulis sudah menyaksikan botol kecil semasa tanah di baldi di dalam rumah lagi. Ketika tangan penulis gatal menguis-guis tanah di dalam baldi Tetapi penulis tidak mahu memberitahu sesiapa kerana mungkin kerena tidak mahu mengaibkan tok bomoh atau takut!


Apabila penulis memberitahu besan keluarga dia orang terkejut ya ke! tetapi yang pelik berlaku ialah suami isteri sudah mula berbaik walhal sudah lama tidak tidur bersama. Kalau hendak jadi bomoh "auta" kena pandai tukang silap mata baru dapat cari duit banyak. nak harap kelebihan tak takut jin belum tentu mudah dapat duit.

Tuesday, January 13, 2009

Bomoh siam 49


Keluarga memanggil bomoh siam datang ke rumah bertujuan hendak halau jin daripada penulis. Mulanya penulis membantah tetapi diberitahu bomoh siam tetapi sudah memeluk islam. Selepas isyak bomoh siam datang ke rumah ditemani oleh pembantu orang tempatan.


Perwatakannya sederhana bercakap telor selatan thailand dan telah menetap lama di Terengganu. Sambil berkata jangan risau semua akan beres tidak lama lagi. Tidak perlu khuatir kita minta bantuan khadam.


Penulis diminta duduk berlunjur kaki dan ketika itu jampi serempah dibaca dan dikeluarkan kayu tasbih sebesar ibu jari setiap satu macam tok sami buddha. Dibaca wiridnya dimulakan bacaan bismillah... kemudian tak tahu pula bacaannya bunyinya selepas itu.


Tidak lama kemudian wirid semakin hangat sehingga tok bomoh jatuh pengsan tak sedar diri. Tiba-tiba tok bomoh sedar dan bercakap telor jawa . Ketika itu pembantu tok bomoh meminta ahli keluarga menanya kepada tok bomoh siapa peribadi penulis untuk menduga kepandaian tok bomoh dan hampir 70-80 % dapat dijawab dengan tepat.


Ahli keluarga penulis bertanya apa yang sebenar berlaku kepada penulis. Tok bomoh memberitahu saka jin keturunan jawa bertapak pada diri penulis. Itu yang penulis hendak gelak bila pula aku ni berketurunan jawa kalau cina chengmai ada. Pengubatan ke atas penulis berlangsung 3 malam yang penulis menganggap lebih aksi daripada pengubatan sebenar. Kadang kala penulis merasa menyesal tidak dapat membuat keputusan sendiri untuk menolak arahan keluarga.




Saturday, January 3, 2009

Urutan pelik 48


Kebesokan pagi penulis lama menunggu pakcik tukang urut. Sudah pukul 9.30 pagi masih belum menampakkan diri. Sampai mok penulis mengarah ayah pergi menjenguk ke rumah tukang urut. Tiba-tiba aje pakcik datang sambil memberikan alasan tidak sihat.


Kali tukang urut tidak banyak bercakap seperti semalam. Ditumpukan sepenuhnya kerja-kerja urutan. Penulis sudah dapat mengagak apa yang telah berlaku kepada tok-tok bomoh sebelumnya. Apabila sudah siap mengurut dengan tempoh lebih singkat daripada semalam tia-tiba aje pakcik bertanya kepada penulis kamu ni menyimpan pendamping ke?


Penulis bertanya kenapa? pakcik menceritakan peristiwa lawatan dan gangguan jin katanya kuat benar! biasanya dapat ditangkisnya tetapi tidak kali ni. Penulis menjawab nak buat apa simpan pendamping menyusahkan aje. Penulis berkata gangguan seperti sudah biasa kadang-kala buat donor aje lagi dilayan menyusahkan aje jenis jin samseng dan degil.


Penulis diminta keluarga berehat dan terpaksa mengambil cuti seminggu untuk memulihkan keadaan fizikal dan emosi. Bukan senang kerja mengurut kata penulis!