Sunday, February 8, 2009

Penangan Nasi kunyit 51


Tiba-tiba aje nasi kunyit terdampar di depan pintu. Siapa pulak yang menghantarnya. Agaknya jiran kok meletaknya di pintu setelah puas memanggil penulis atau isteri penulis. Terlalu sangkaan berlaku, bagi memuaskan hati nasi kunyit di simpan di dalam peti sejuk tanpa menyentuhnya sehingga sudah pasti kisahnya.


Namun takkan sampai hati kalau jiran meninggal makanan begitu aje dengan terdedah tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada tuan rumah sekurang-kurannya meninggal nota atau telefon. Nasi kunyit( pulut kuning) begitu sinonim bagi masyarakat melayu dengan pelbagai tujuan persembahannya.


Kebesokkan harinya isteri penulis ke rumah jiran-jiran dan menanyakan kisah nasi kunyit dihantar di depan pintu. Maka jawab salah seorang jiran bahawa dia yang meletakkan nasi kunyit di situ kerana dia mendengar suara dalam rumah mengarah meletak sahaja di depan pintu. Isteri penulis terpinga-pinga dan menafikan itu adalah suaranya atau penulis. Timbul disini suara siapa pulak tu yang memandai-mandai menganggu urusan manusia.

1 comment:

suparjo@blogspot.com said...

kebetulan saya yang lalu tepi umah, dah hari nak hujan, sebelum jiran tu basah saya pun cakaplah "letak situ sajalah kak, nanti saya beritahu abang zack."

he he he