Agak lama penulis tidak memulakan cerita disebabkan raya banyak perjalanan selain cuba menyelesaikan kes berkaitan dengan keluarga boleh dikatakan serius dan diutamakan sehingga penulis tidak mempunyai tidur yang cukup malah masa makan terganggu. Namun penulis tidak mahu menulis kes itu kerana lebih menumpukan blog penulis berkaitan dengan jin.
Penulis menyambung semula paparan lepas berkaitan selepas 7 hari 7 malam. Pada suatu malam penulis telah kembali tidur di bilik asal penulis. Tengah syok tidur tiba-tiba penulis merasakan sesuatu pergerakan di atas dada penulis.
Apabila penulis membuka mata terkejut benar apabila melihat satu makhluk berada di atas dada penulis. Mata penulis bertentangan dengan mata jin itu. Matanya sepet tetapi luas seperti orang korea. Kulitnya kekuningan yang terang. Jarinya halus dan macam jeli mainan kanak-kanak dan hampir tidak mempunyai tulang jari.
Saiznya macam budak umur 3 tahun. Penulis ketika itu terpaku berbaring dan jin itu juga terkejut tetapi tidak bergerak langsung. Penulis ketika itu langsung tidak merasa takut dengan jin itu malah merasa terpesona dengan jin itu yang penulis anggap amat cantik dan cute. Tidak sangka terdapat juga makhluk jin yang cantik berbeda benar dengan jin makhluk berbulu yang berwajah amat menakutkan teruk benar rupanya.
Agaknya jin betina kut! kemudian jin itu melompat ke atas siling dengan menukar warna kuning kepada hijau seperti lompatan monyet. Dengan 2 kali lompatan sudah cukup menghilangkan diri dari bilik penulis.
Penulis hampir tidak tidur malam itu tetapi tidak pula takut dan terus berada dalam bilik itu. Dalam hati penulis kalau malam-malam jin macam itu datang dekat penulis tak apa asalkan jangan selongkar kain penulis sudah!. Rupa ET makhluk asing UFO itu hampir menyamai gambaran makhluk jin yang penulis tonton. Sebab itu penulis menamakan ET korea.
Bagi penulis samada cantik atau buruk itu bukan menggambarkan peribadi sebenar makhluk itu.
1 comment:
Maklumat daripada http://al-ahkam.net
Soalan:
Apakah hukumnya dan bolehkah 'memagar' rumah dengan khadam..? Benarkah ada khadam Islam atau jin Islam yg mengawal rumah..? Adakah cara 'memagar' cara ini ada pd zaman Rasulullah SAW..?
Adakah cara yg diajar oleh Rasulullah SAW utk memagar rumah..?
Harap dpt berikan dalil al-quran dan hadis yg sahih..InsyaAllah..
Syukran..
Jawaban:
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya-Allah.
Memagar rumah dengan menggunakan khadam bukanlah sesuatu yang digalakkan didalam Islam. Persoalan biasa yang diutarakan oleh ulama' adalah : Apakah kita tahu bahawa bahawa Jin yang menjaga rumah kita itu benar-benar Islam ataupun tidak? Kenapa harus kita ambil risiko?
Nabi mengajar kita menggunakan surah al-Baqarah dan ayat al-Kursi (surah al-Baqarah ayat 255) bagi melindungi diri dan rumah daripada gangguan makhluk halus ini.
Didalam sebuah riwayat dari Abdullah ibn Ubay ibn Ka'b yang diringkaskan disini, beliau telah bertemu dengan Jin yang memakan makanan simpanan Ubay.
فقال له أبي فما الذي يجيرنا منكم؟ قال: هذه الآية آية الكرسي ثم غدا إلى النبي - صلى الله عليه وسلم - فأخبره فقال النبي صدق الخبيث ..
Ubay bertanya kepada Jin : "Apa yang boleh melindungi kami dari kamu?". Jin menjawab : "Ayat ini, ayat al-Kursi". Kemudian keesokkan harinya dia telah pergi kepada Nabi dan memberitahu baginda, dan baginda bersabda : Jin telah bercakap benar.....[Silsilah Sahihah, 7/738].
Hadith dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah bersabda :
لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ [ولفظ أحمد : يَفِرّ] مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
"Jangan jadikan rumah kamu seperti KUBUR, sesungguhnya Syaitan terbang keluar dari rumah yang surah al-Baqarah dibaca" [Hadith Riwayat Ahmad #7762 dan Muslim #780]
Sekian, wassalam
http://al-ahkam.net
Post a Comment