Di tengah malam penulis merasa kebas demam semakin kurang dan bangun menunaikan solat zohor, asar, maghrib dan isyak serentak.
Setelah melalui pengalaman tekanan emosi dan perasaan pada siang hari hampir 16 jam benar- benar memberi pengalaman berguna kepada penulis dalam kata-kata berhati-hati kalau mahu berhadapan dengan jin. Kalau kita ada masalah peribadi kehidupan yang belum selesai jangan cuba-cuba cari masalah baru iaitu berhadapan dengan jin.
Pada siangnya penulis didatangi seorang tukang urut lewat 50-an yang berusaha memulihkan semangat penulis. Baru menyentuh beberapa bahagian anggota tubuh penulis pak tukang urut berhenti sejenak dan memandang tepat kepada penulis. Kamu ni! macam ada pendamping tetapi tak apa pakcik sudah ada pengalaman luas dalam hal-hal mengurut pesakit yang ada pendamping, sambil meneruskan urutannya.
2 comments:
Eh, mana abang jumpa hadis ada jamak zuhur, asar mghrib dan isyaka sekali gus? Kita mahu baca juga...
Takut sebenarnya tidak ada hadis itu. Kalau tak ada hadis sahihnya tak usahlah buat begitu sebab taka ikut conroh nabi.
Kalau ada dalam beberapa waktu solat itu orang betul2 tidak siuman atau hilang akal, dia tak diwajibkan solat. Rilek saja...Solat ni kalau mendapat izin tak boleh tunaikan tak perlu ganti2.
Bismillahirrohmanirrohim
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam
Ya Allah Ya tuhan kami
Kau berikanlah kami keselamatan ke atas agama kami, nabi kami Muhammad SAW
Islamnya kami dengan penuh keimanan
Berimannya kami dengan keimanan org mukmin
Solat kami solat yg khusyu
Segala niat kami seumpama org yg mukhlis
Sujud kami sujud para mustaghfirin
Penghayatan kami seperti para ulama
Matinya kami seperti para syuhada
Masukkan kami ke dalam syurga bersama para anbiya
Dengan rahmatMu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Hanya padaMu kami sembah dan hanya padaMu kami minta pertolongan
Amin
Post a Comment