Sunday, December 7, 2008

Terlantar teruk 46


Apabila sampai ke rumah adik perempuan penulis ditempatkan di ruang tamu dan saudara mara mula memenuhi ruang tamu untuk melihat keadaan penulis yang di dakwa keadaan nazak. Mulut penulis tidak berhenti mengadu kesakitan dengan nafas yang tersekat-sekat sehingga badan dan dada terangkat berulang kali.


Terdapat ahli keluarga menangis teresak-esak dengan membayang umur yang muda sudah mahu menghembuskan nafas terakhir. Datang ustaz melihat keadaan penulis disamping seorang doktor merawat keadaan penulis.


Tiba-tiba aje! Penulis tersedar dari situasi itu bahawa tiada apa yang pelik berlaku dan seolah-olah menjadi aktor terbaik dalam lakonan tersebut. Sesuatu yang tidak dapat penulis menolak kenyataan ialah pemikiran dan kekuatan fizikal benar-benar di bawah pengaruh jin. Dari payah dan kesakitan macam rasa nak mati membayangkan sakit juga kalau jin mahu keluar dari tubuh manusia.


Malam itu penulis ditemani oleh mak saudara penulis yang memang arif dengan pengaruh jin berdasarkan pengalamannya berhadapan dengan jin.

3 comments:

suparjo@blogspot.com said...

Raya haji, bang banyak lembu disembelih banyaklah tulangnya. tulang tu makanan jin kan! Tapi tak nampak pun orang pi kumpul tulang ikan ke sebab nak beri makan jin belaannya. Lebih teruk belu lembu macam tuh.

suparjo@blogspot.com said...

agaknya ustaz haron din boleh mewawancara jin.

kemik said...

tiada yang mustahil dalam hidup kerana jin dan manusia tinggal bersama. Jika diberi peluang melihatnya jangan lepas samada berani atau tidak.