Friday, August 29, 2008
Makhluk Hitam16
Thursday, August 28, 2008
Mesin Pengimbas15
Wednesday, August 27, 2008
tukang urut14
Tuesday, August 26, 2008
Tunjuk belang13
Monday, August 25, 2008
Tangkal Hitam12
Sunday, August 24, 2008
malam pertarungan11
Saturday, August 23, 2008
orang lama10
Friday, August 22, 2008
jin melampau! kurang ajar9
Thursday, August 21, 2008
cakaran8
imbasan7
Wednesday, August 20, 2008
gangguan6
Tuesday, August 19, 2008
makhluk ganjil5
a. imbasan
b. dengar suara hilaian
c. merasa sentuhan lain dari sentuhan manusia
d. melihat atau mendengar pergerakan objek secara tiba-tiba
e. melihat orang kena hasut histeria.
Bagaimana rupa jin kamu lihat boleh lakar tak?
Masa saya remaja selalu benar kata orang kena tindas, berhempas pulas melepasi kena tindas si jin tu. Pernah semasa tinggal di hostel di tindas jin dan sempat merasa tulang tangan yang kurus dan kepala tengorok yang bulat. Itulah gambaran awal fizikal jin.
satu kejadian di utara kedah berdekatan semasa bersiar-siar di sebuah tasik kecil jam 6.00 p.m yang terpencil. Masa tergerak hati melihat tasik itu, tiba-tiba sesuatu yang bergerak dengan kuat di sebuah belukar aku pun memberanikan melihat apa yang berlaku. Nampak macam beruk kecil yang cantik dan beria-ria mendapatkannya tetapi aku begitu terperanjat melihat seekor makhluk yang pelik rupa macam beruk tetapi mempunyai bermacam warna antaranya kuning,biru,merah,hijau,coklat dan hitam. Tumpuan berbagai warna pada bahagian kepala dan mempunyai jambul yang berwarna-warni. Makhluk berdiri tegak seperti manusia. Makhluk marah mengeluarkan suara grrrrr.... aku pun apa lagi cabut lari tetapi makhluk tidak kejar. Itu kejadian pertama kali pertempuan dengan makhluk ganjil dalam kehidupanku. persepsi awal wajah jin telah berubah bahawa mereka adalah makhluk sempurna tetapi mempunyai perkaitan rapat dengan makhluk haiwan berbanding manusia.
Monday, August 18, 2008
kenali jin4
Saturday, August 16, 2008
kosek3
emak saya cakap masa kecil sejak lahir aje hari-hari nangis macam cerita ahmad albab. masuk hari senja nak maghrib dah mula nangis sampai tengah malam. Macam-macam ikhtiar kalau bomoh datang sekejap berhenti. Takkan hari-hari nak panggil bomoh bankrap. Pernah ikhtiar bakarkan tahi gajah kebetulan ayah kerja ukur tanah selalu masuk hutan pada tiap-tiap malam namun tidak berhasil lagi nangis ada. Dikumpulnya sampah 7 buah rumah lalu dibakar sekeliling rumah, kecil-kecil lagi mandi di bawah kelengkang ayah juga tak berhasil sehingga umur saya capai 4 bulan.
Namun yang hairannya semakin nangis lagi kuat minum susu, badan boleh tahan montel. Pernah mak cakap rasanya nak lempar aje saya kat luar tingkap pasal buntu fikiran. nak tercabut tangan kerana kena hayun buai silih berganti mak dengan ayah. Pakai tangkai tak payah nak cakap sebut aje di leher, di pinggang dan di kaki lebih daripada bayi orang india. Kat rumah tangkai dan azimat digantung. Ikhtiar panggil ustaz-ustaz baca ayat-ayat Al-quran dan diletaknya surah Yassin bawah bantai. Namun selepas 4 bulan ke atas nangis saya semakin kurang tetapi tetap ada sehingga saya meningkat mencapai usia 2 tahun. Nangis malam henti dengan sendiri. Syukur kepada Allah kata mak dan ayah termasuk saya walaupun tak tahu cakap.
Apabila saya meningkat kanak-kanak dan remaja. selalu mengigau tengah malam dan bermimpi sambil berjalan. Ayah selalu menegur nak ke mana malam-malam ni bilik tidur sana. Masa tu tidur sekali satu bilik yang luas bersama keluarga. Kalau mimpi panjat tiang dinding rumah memang panjat dinding kayu mudah mata terbuka bila rasa tinggi turun semula pandai pula turun sendiri,kalau mimpi di bawah katil pagi esok bila terjaga bawah katil. Pernah ayah tak sempat tahan bila buka pintu tingkap terus terjun ke bawah sakit dan terseliuh kaki. Pernah juga bermimpi masuk dalam almari tetapi biasanya keluar juga dari kerana rasa panas. Satu malam bermimpi berak di suatu sudut dekat almari, pagi esoknya kecoh bau busuk memang jumpa tahi. Cuma saya boleh cakap semalam mimpi berak.
Tuesday, August 12, 2008
bicara2
histeria1
Monday, August 11, 2008
bau badan
1.mandi 2atau lebih kali sehari
2. bulu ketiak dicukur
3. bedak talkum
4. Deodoran antiseptik
5. elakkan terlampau banyak makan bawang putih dan kari
6.mandi air rebus sirih
7. gula batu atau yang disebut tawas yang di hancur hingga jadi tepung gosok bawah ketiak selepas mandi.
8.Selalu membersihkan ketiak dengan sabun antiseptik setiap kali mandi. keringkan dan bubuh bedak antiseptik.
9.banyak makan sayur dan minum air masak
10.Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
kaedah herba
1. daun kemangi
2.daun beluntas
3.kunyit +teh+asam jawa
4. bunga kantan direbus
5.daun sirih
6. kulit mentimun
7. bunga cengkih + gula diminum
8. limau kasturi + kulit minum selalu
9. Minum air kulit kayu manis , lada hitam serai dan halia
Sunday, August 10, 2008
ubat kulit
demah untuk merawat sakit kulit di bawah kemaluan kanak-kanak.
merawat penyakit gatal-gatal kulit,
Bagi kudis buta, penggunaan sapuan ubat racun hama jenis losyen atau krim crotamiton (Eurax) dapat mengurangkan komplikasi. Ia dilumur pada seluruh badan dari tengkuk ke bawah sebelum waktu tidur. Seelok-eloknya pesakit perlu mandi dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat losyen. Ubat tahan gatal seperti piriton pula mampu mengurangkan gatal waktu malam.
penyakit kulit yang biasa menyerang kanak-kanak ialah Impetigo atau kudis yang disebabkan kuman Staphylococcus atau Streptococcus. Ia mudah berjangkit melalui sentuhan berterusan dan kerap terjadi di sekitar mulut dan hidung selain celah pelipat seperti sekitar lutut dan siku.
6.TEMU HITAM (Curcuma aeruginosa)
gila meroyan
Pilis ini diperbuat dari
Friday, August 8, 2008
majlis fiqh dunia
Berkenaan Islam Hadari
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Saya cuba menterjemahkan keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa berkenaan satu topic asal yang dicadangkan oleh Malaysia untuk dibincangkan iaitu "Islam hadari". Walaubagaimanapun, dari qarar (ketetapan) yang diputuskan ini saya mendapati secara umumnya kesatuan Fiqh ini menyokong usaha bagi PELAKSANAAN agenda yang digariskan di dalam plan Islam Hadari. Walaubagaimanapun, istilah "Islam Hadari" kelihatan tidak begitu disokong oleh Kesatuan ini apabila dilihat dalam ketetapan Majlis, mereka telah menukarnya kepada istilah berikut :-
· a- " MANHAJ AL-HADARI AL-ISLAMI"
· b- "AL-MANHAJ AL-HADARI"
Teks arab keputusan boleh dibaca di bahagian bawah tulisan ini
Berikut adalah kandungan keputusan Majlis Fiqh Sedunia / Antarabangsa :-
Keputusan nombor 163 ( 18/1)
Berkenaan perkara
PETUNJUK BAGI JALAN KEMBALI KEPADA AL-MANHAJ Al-HADARI (KEMAJUAN) DALAM ISLAM
Sesungguhnya Majlis Kesatuan Fiqh Islam Antarabangsa yang bersidang dalam persidangannya yang ke-18 di Putrajaya, Malaysia dari 24-29 Jumada Al-Akhirat 1428 H bersamaan 9-14 Julai 2007 m.
Selepas meneliti semua kertas-kertas kajian yang dibentangkan bagi topic PETUNJUK BAGI JALAN KEMBALI KEPADA AL-MANHAJ AL-HADARI (KEMAJUAN) DALAM ISLAM
Selepas mendengar kepada perbincangan yang dibuat berkenaannya, dan selepas mengingatkan berkenaan peranan awal Islam menubuhkan sebuah Negara yang adil, dan setelah Rasulullah SAW meletakkan piagam Madinah Al-Munawaarh yang merangkumi panduan perhubungan dalam masyarakat Islam yang awal dan penghebahan kepada masyarakat antarabangsa berkenaan hak-hak kemanusiaan semasa khutbah terakhir.
Bernaung di bawah dalil-dalil Al-Quran dan Al-Sunnah yang merupakan perlembagaan Islam, dari Firman Allah SWT : Ertinya : " Sesungguhnya Allah menyuruh agar kamu bersikap adil dan ihsan serta memberikan bantuan kepada kerabat dan melarang dari melakukan perkara keji dan mungkar dan kederhakaan" ( An-Nahl : 90) dan juga Firman Allah : " Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan RasulNya dan pemimpin kamu" ( An-Nisa : 59 )
Dengan ini menetapkan seperti berikut :-
Pertama : Sesungguhnya menuruti "Manhaj Hadari Islami" (Manhaj Kemajuan Islam) : Memberikan peluang kepada orang Islam mengembalikan peranan mereka dan mengenengahkan risalah kemanusian bagi turut serta membantu mengeluarkan alam dari kegelapan material yang melampaui batas.
Kedua : Sesungguhnya jalan bagi memulihkan kemunduran yang dideritai umat kini adalah dengan kembali kepada nilai-nilai agama dengan tulus dan benar, kerana seluruh keadaan yang mendukacitakan yang menyelubungi umat Islam ketika ini adalah akibat terpisahnya dari pengajaran panduan Islam serta mengikuti system ciptaan manusia.
Ketiga : Sesungguhnya "Al-Manhaj Al-Hadari Al-Islami" yang dibina atas panduan yang tepat mampu membebaskan masyarakat dan Negara-negara umat Islam dari keangkuhan, menjadi pengikut dan kemunduran.
Keempat : Sesungguhnya memahami Islam dengan baik, serta kesungguhan berpegang kepada hukum-hukam Islam dan mengamalkannya secara lengkap dan berimbang adalah merupakan kewajiban asas bagi mencapai kejayaan agenda kebangkitan Islam.
Kelima : Keperluan mengasah prinsip Syura secara teori dan praktikal bagi mengikut firman Allah : "ertinya " dan mesyuaratlah dalam urusanmu" ( Al-Imran : 159), yang mana Syura adalah asas yang kukuh bagi pembentukan sebuah Negara Islam.
Keenam : Keperluan memisahkan antara tiga kuasa : eksekutif, legislatif dan kehakiman, sebagaimana sistem yang telah terasas selepas zaman pensyariatan hukum, dan ia sebagai lanjutan dari praktis yang dilaksanakan oleh para sahabat Nabi , iaiatu memisahkan di antara risalah, kepimpinan dan kehakiman.
Ketujuh : Mengiktiraf hak kewarganegaraan yang meliputi bukan Islam, bertepatan dengan garis panduan Shariah yang memberikan pembalasan hak-hak dengan kewajiban.
Kelapan : Penyertaan wanita dalam aktiviti umum yang tidak bercanggah dengan hukum Shariah yang khas baginya. Firman Allah : ertinya : Lelaki Islam dan wanita Islam sesame mereka bantu membantu dalam menyeru kebaikan dan mencegah dari kemungkaran" ( At-Taubat : 71)
Kesembilan : Kewajiban untuk bersegera menghapuskan unsur-unsur negative yang melanda oleh orang Islam kini bagi membolehkan mendepani cabaran-cabaran yang dihadapinya , seperti :
a- Fahaman taksub mazhab yang menjadi batu penghalang terhadap teori pembaharuan yang tepat.
b- Pelampau dalam pemikiran dan tingkah laku yang menyebabkan pelbagai masalah dalam masyarakat, yang mana ia digerakkan oleh gerakan pelampau.
c- Fahaman komunis dan tiada agama (freethinker dan athies) yang dibina di atas asas penolakan ikatan agama dari kehidupan.
d- Kejahilan berkenaan cabang-cabang ilmu menyebabkan terhalangnya mereka dari hakikat sebenarnya sesuatu isu (berkaitan Islam)
e- Tidak menghargai nilai waktu dan kesannya yang menyebabkan kegagalan umat Islam dan kemunduran mereka.
Majlis juga dengan ini mewasiatkan perkara berikut :-
1) Mengukuhkan keimanan dan amal soleh kerana ia adalah langkah pertama bagi mengembleng usaha tarbiyah bagi melahirkan peribadi Islam yang mampu mengembalikan peranan kemajuan Islam disamping berperanana untuk menyumbang kepada kemjauan manusiawi.
2) Memastikan manhaj "Al-Hadari Al-Islami" didirikan atas asas pembenihan dan penerapan nilai-nilai akhlak Islam dalam masyarakat.
3) Menyokong pendekatan Malaysia - untuk membina manhaj kemajuan Islam - dan menganjurkan agar diadakan satu persidangan antarabangsa khas bagi menerangkan hakikat ketamadunan dan kemajuan Islam serta kandungan risalah Islam yang kekal, supaya ia menjadi keputusan persidangan dunia di bawah pemerhatian pemikir, pemimpin di seluruh Negara-negara umat Islam. - Tamat terjemahan -
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net