Tuesday, August 12, 2008

histeria1


8 Ogos 2008 KUCHING: Seramai 15 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, di sini, termasuk dua lelaki, diserang histeria ketika belajar di dalam kelas bermula jam 8 pagi.

Tidak kurang lima kes histeria membabitkan ratusan pelajar yang dilaporkan berlaku hampir serentak di beberapa sekolah berasrama di Pahang, Selangor, Perak dan Sarawak sepanjang bulan lalu hingga kelmarin mencetuskan persoalan di kalangan masyarakat — apa sebenarnya berlaku?

Seramai 35 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang yang mengalami histeria baru-baru ini akan diberikan kebenaran bercuti seminggu lebih awal daripada pelajar lain.

TELUK INTAN: “Bulu roma saya meremang apabila Lin berkata dia melihat satu lembaga hitam berdiri di tepi tingkap rumah. Saya terus menyuruhnya mandi dan tidak lama selepas itu, badannya tiba-tiba menggigil dan matanya terbeliak,” kata Bakir Mejo, 62, bapa kepada Nurul Azlin Bakir, 15.

SUBANG JAYA: “Saya lihat seorang wanita tanpa wajah menyebabkan saya menggigil ketakutan dan menjerit sekuat hari sebelum tidak sedarkan diri,” kata seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23 di sini,


kajian memperlihatkan 2 bulan terakhir menghampiri bulan ramadan merupakan saat yang begitu seolah-olah pesta mengusik manusia.Hampir setahun keadaan itu berlaku tanpa kita selongkar punca berlaku,bagaimana nak mencegahnya adakah perlukan satu perjanjian damai dimeterai? Adakah begitu kerdil memperlihatkan kelemahan sebenar manusia ?Adakah manusia menjadi mangsa atau punca isu histeria terjadi? mengapa berlaku kepada merujuk jantina,usia,ras dan agama ?

1. manusia tidak nampak jin tetapi jin nampak manusia.

2. manusia tidak nampak proses pembangunan tamadun jin tetapi jin adalah sebaliknya.

3. berapa ramai manusia mengisytihar boleh nampak jin.

4. berapa ramai manusia mengistihar boleh berhadapan bersemuka dengan jin.

5. apakah kelebihan manusia berbanding dengan jin sehingga Allah mengistiharkan manusia sebaik-baik kejadian makhluk?

No comments: