emak saya cakap masa kecil sejak lahir aje hari-hari nangis macam cerita ahmad albab. masuk hari senja nak maghrib dah mula nangis sampai tengah malam. Macam-macam ikhtiar kalau bomoh datang sekejap berhenti. Takkan hari-hari nak panggil bomoh bankrap. Pernah ikhtiar bakarkan tahi gajah kebetulan ayah kerja ukur tanah selalu masuk hutan pada tiap-tiap malam namun tidak berhasil lagi nangis ada. Dikumpulnya sampah 7 buah rumah lalu dibakar sekeliling rumah, kecil-kecil lagi mandi di bawah kelengkang ayah juga tak berhasil sehingga umur saya capai 4 bulan.
Namun yang hairannya semakin nangis lagi kuat minum susu, badan boleh tahan montel. Pernah mak cakap rasanya nak lempar aje saya kat luar tingkap pasal buntu fikiran. nak tercabut tangan kerana kena hayun buai silih berganti mak dengan ayah. Pakai tangkai tak payah nak cakap sebut aje di leher, di pinggang dan di kaki lebih daripada bayi orang india. Kat rumah tangkai dan azimat digantung. Ikhtiar panggil ustaz-ustaz baca ayat-ayat Al-quran dan diletaknya surah Yassin bawah bantai. Namun selepas 4 bulan ke atas nangis saya semakin kurang tetapi tetap ada sehingga saya meningkat mencapai usia 2 tahun. Nangis malam henti dengan sendiri. Syukur kepada Allah kata mak dan ayah termasuk saya walaupun tak tahu cakap.
Apabila saya meningkat kanak-kanak dan remaja. selalu mengigau tengah malam dan bermimpi sambil berjalan. Ayah selalu menegur nak ke mana malam-malam ni bilik tidur sana. Masa tu tidur sekali satu bilik yang luas bersama keluarga. Kalau mimpi panjat tiang dinding rumah memang panjat dinding kayu mudah mata terbuka bila rasa tinggi turun semula pandai pula turun sendiri,kalau mimpi di bawah katil pagi esok bila terjaga bawah katil. Pernah ayah tak sempat tahan bila buka pintu tingkap terus terjun ke bawah sakit dan terseliuh kaki. Pernah juga bermimpi masuk dalam almari tetapi biasanya keluar juga dari kerana rasa panas. Satu malam bermimpi berak di suatu sudut dekat almari, pagi esoknya kecoh bau busuk memang jumpa tahi. Cuma saya boleh cakap semalam mimpi berak.
No comments:
Post a Comment