ketika aku sedang tidur di ruang tonton tv di rumah mok kerana di dalam bilik panas. Tiba-tiba sesuatu mengerakkan aku dari tidur dan nampak benar imbasan hitam bergerak pantas. Aku cukup terkejut tetapi meneruskan tidur kerana aku masih memegang prinsip yang kuat bahawa jin tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Apatah lagi hanya imbasan-imbasan bukannya nampak objek yang jelas.
Namun apabila keadaan berterusan semakin kerap diganggu dengan sentuhan-sentuhan jin yang mengejutkan dari tidur. Keadaan semakin menjadi-jadi kegiatan itu bukan aku sahaja menjadi mangsa tetapi mak aku dan adik perempuanku.
Apa yang pelik berlaku semakin banyak ular-ular memasuki halaman rumah dan terdapat ular hitam yang berbelang yang memasuki dalam rumah. Ular itu aku halau dan terdapat ular yang cuba memasuki rumah aku bunuh kira-kira 2-3 ekor. Terasa takut juga kata-kata orang tersalah bunuh jelmaan jin.
1.persoalannya adakah perkara berlaku sudah menjadi rutin jawapannya tidak sebelumnya.
2. Timbul persoalan mengapa gangguan jin berlaku pada diriku,mak dan adikku tetapi tidak pada ayahku,abang dan adik iparku yang tidak nampak imbasan itu. Agaknya gangguan terpilih.
No comments:
Post a Comment