Monday, September 29, 2008

Menghampiri Raya33


Biasanya 3-4 hari sebelum nak raya mok saudara penulis dari Ipoh akan datang beraya di rumah Mok penulis. Sungguh meriah dapat berkumpul saudara mara bersama merayakan aidil fitri.


Biasanya penulis akan mengosongkan bilik untuk mok saudara dan keluarga menginap. Mok saudara turut mengetahui kisah penulis tetapi memberanikan diri untuk tidur di rumah. Sambil menanyakan okay ke! tidur di bilik penulis. Penulis menjawab beginilah kalau berlaku apa-apa panggil aje! penulis yang akan tidur di ruang dapur.


Pada malam itu tiba-tiba mok saudara memanggil penulis yie.. yie..yie. Penulis terjaga dari tidur terus menerkam ke biliknya sambil bertanya apa yang berlaku. Katanya datang perempuan hodoh mengganggu tidurnya. Penulis cuma menjawab ya ke! tak apa kalau berlaku lagi panggil penulis lagi.

Tidak lama kemudian Mok saudara memanggil lagi penulis dengan memberitahu perkara yang sama. Maka penulis mengarah mok saudara membuka lampu bilik di pasang. Mungkin kali jin tidak lagi berani menganggu kita. Tetapi sangkaan penulis meleset Mok saudara penulis jin tetap datang menganggu lagi.


Wah! sudah melampau pasang lampu pun mahu ganggu lagi ke! Memang betul-betul samseng jin ini memang tak takut langsung manusia. Tidak lama kemudian tidak lagi kedengaran suara Mok saudara memanggil lagi baru boleh tidur lena. Setahu penulis tidak pernah lagi melihat perempuan hodoh seperti didakwa oleh Mok saudara penulis.


Kebesokkan harinya Mok saudara menceritakan perkara yang berlaku dan menyatakan tidak mahu lagi tidur di rumah penulis kerana takutkan gangguan jin. Selepas Mok saudara dan keluarga kecuali anak lelakinya telah bermalam di rumah saudaranya yang lain.
Di sini penulis mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin kepada semua pembaca.

Saturday, September 27, 2008

Anak angkat jin32


Setelah cukup tempoh 7 hari 7 malam menginap di rumah penulis, haji meminta kebenaran untuk pulang. Sepanjang haji bersama dengan penulis gangguan jin berlaku ke atas penulis hanya berlaku 1-2 kali sahaja. Boleh dikatakan penulis agak selesa untuk tidur. Haji selalu berpesan agar berbanyak bersabar dan menjaga solat.


Terdapat satu keistimewaan pada diri haji ialah begitu bersopan satun dan tidak suka berbazir. Pernah penulis membeli nasi kunyit dan memberikan kepada haji pada malam itu. Kemudian kebesokan harinya penulis mendapati nasi kunyit masih tidak disentuh lagi. Apabila penulis bertanya mengapa haji tidak memakan nasi kunyit katanya ketika itu haji perut masih belum lapar. Katanya makan apabila terasa lapar dan berhenti sebelum terasa kenyang.


Penulis kemudian ingin mengambil dan membuang nasi kunyit yang bercampur kuah tetapi dihalang oleh haji katanya masih elok lagi walaupun pada tanggapan nasi kunyit itu telah basi. Katanya perut sudah lali dengan makanan semalaman.


Sebelum haji pulang haji meminta kebenaran kepada penulis untuk mengambil seekor anak jin. Penulis begitu terperanjat dan hampir nak tergelak biar betul orang tua ni! Penulis berkata mengapa minta izin dengan penulis minta izin dengan bapa jin dan kata penulis kalau ambil semua jin lagi bagus tidaklah menyusahkan penulis.


Haji memandang tepat ke arah pagar dan menuju ke arah itu dan kemudian kelihatan seolah-olah memegang sesuatu dan membungkusnya dengan kain pelikat. Katanya beliau begitu tertarik dengan kecantikan anak jin katanya cute! sambil menyatakan dekat rumah penulis banyak yang cantik-cantik. Ya ke! setahu penulis jin yang penulis nampak adalah jenis siapa pun tak ingin tonton. hentamlah labu.. macam sedikit tak percaya timbul dengan kata dan perbuatan

haji.


Akhirnya haji pulang meninggalkan penulis dengan tanda tanya mengapa haji tidak menghalau semua jin dan ini bermakna masih terdapat jin di rumah. Wah! sudah penulis mula merasa takut macamana waktu malam nanti adakah jin akan terus menganggu penulis. Perasaan itu terus menganggu di dalam benak fikiran penulis sedangkan haji yang nampak ceria mendapat anak angkat jin baru. Wallah waalam.

Wednesday, September 24, 2008

Lamaran jin31


Pada suatu petang haji memberikan bacaan berintonasi bahasa jawa kepada penulis untuk dibaca katanya untuk bacaan untuk jadi bomoh. Penulis agak ragu-ragu kenapa pulak untuk jadi bomoh jadi orang biasa pun tak tahan diganggu jin. Namun tetap membaca dan menghafal bacaan itu dengan niat untuk menghalau gangguan jin.

Selain itu haji juga memberikan azimat hitam untuk dipakai di pinggang ke mana sahaja kecuali masuk ke tandas. Nampak gayanya penuh badan penulis memiliki azimat berbagai jenis untuk menghalau jin.


Pada hari ke 6 haji memberitahu kami sekeluarga bahawa setelah bercakap dengan ketua jin bahawa terdapat 2 anak perempuan yang tertarik dengan penulis. Mereka ingin sekali berkahwin dengan penulis tetapi nampaknya penulis tidak menunjukkan respon yang baik apabila mereka cuba mendekati penulis. Mereka begitu amat sayang sekali dengan penulis dan jika boleh ingin sentiasa bersama dengan penulis.


Wahhhh..... begitukah cakap mereka respon penulis. Ada juga jin yang berminat dengan penulis tetapi sayang jawapannya ialah penulis tiada selera nak berkawan dengan anak jin apalagi nak berkahwin. Penulis juga mempunyai maruah nilai kemanusiaan dalam jiwa penulis walaupun ditawar dengan kemewahan. Lupakan sahaja niat mereka itu lebih baik cari sesama bangsa lebih afdal.

Samada benar kata-kata haji hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Untuk episod seterusnya

penulis akan membincang tentang beberapa pertunangan yang gagal, melibatkan penulis.Kalau tak silap 5 kali. Adakah jin terlibat atau tidak kita akan lihat kemunculan episod tersebut. Insya Allah.

Monday, September 22, 2008

Tidur buas30


Malam tu, selepas berbual panjang bersama haji penulis masuk tidur tetapi yang peliknya haji tidak tidur tetapi banyak mundar-mandir sekejap di luar sekejap asuk ke rumah.


Pagi besoknya haji banyak menghabiskan masa dengan tidur. Kami sempat bertanya sesuatu dengan haji semasa waktu petang itu apa yang haji nampak sesuatu pada rumah itu. Haji pada mulanya agak keberatan untuk menceritakannya tetapi selepas hari yang kedua barulah haji menceritanya. Katanya rumah penulis didiami lebih 70 ekor jin dan mempunyai keluarga yang besar.


Katanya jin yang selalu kacau penulis adalah anak-anak jin yang nakal. Namun pada pendapat penulis jin yang kacau penulis itu adalah tua benar rupanya bukan kanak-kanak. Pada malam yang ke 3-5 haji tetap tidur malam gelisah dibuatnya. Pada awal pagi sebelum subuh penulis dapati haji sedang tidur bersebelahan tidak jauh dari tempat tidur penulis di ruang tamu. Apa yang melucukan kain haji selalu terangkat hingga malu juga penulis nak menutupnya. teruk benar tidurnya buasnya macam budak kecil sehingga penulis berkata ini mungkin angkara anak jin yang nakal. Kejadian tersebut bukan sekali dua tetapi hampir setiap malam berlaku pada haji.

Friday, September 19, 2008

7 hari 7 malam29




Adikku tiba-tiba memberitahu seorang haji berketurunan indonesia akan datang ke rumah. Beliau adalah pekerja kontrak kepada adikku di sebuah syarikat kontraktor. Haji dikenali apabila peristiwa di kedai foto di mana kegagalan taukeh nak mengambil gambar fotonya. Dicubanya 2-3 kali nak mengambil gambil foto telah gagal. Kemudian barulah haji menyampuk dengan berkata sebentar ya! kemudian haji menanggalkan tali pinggang bengkung di pinggangnya barulah gambar fotonya dapat diambil.

Petang itu haji dijemput datang ke rumah, Orangnya kurus aje! berusia 50 an memakai kopiah putih. Kalau di fikirkan penulis cukup menghormati haji kerana tekun menunaikan perintah puasa walaupun bekerja di kawasan pembinaan bangunan. Jika dibandingkan pekerja-pekerja tempatan kebanyakan tidak dapat bertahan berpuasa terutamanya jika hari panas terik. Tidak sampai pukul 10 pagi sudah menyerah kalah walaupun dah bangun sahur.
Setelah melihat persekitaran rumah haji setuju untuk tinggal di rumah penulis selama 7 hari 7 malam. wah! lama benar tetapi itulah syarat pak haji untuk tinggal di rumah penulis. Penulis sudah dapat membayangkan akan berlaku pertembungan hebat antara jin dengan haji. Haji tidak menunjukkan reaksi apa-apa hanya tenang aje!.

Sambil berbual haji menceritakan sejak kecil lagi selepas sekolah beliau sudah menjejak mencari jin. Baginya jin tiada apa-apa yang hendak diherankan dan ditakuti seperti dialami oleh kebanyakan orang.




Wednesday, September 17, 2008

tawaf rumah28


Keberkesanan cincin gunung berapi terhadap jin menjadi tanda tanya! Apa yang pastinya jin menjadi marah dan meninggalkan penulis tetapi yang tak seronoknya penulis menjadi letih dan tak cukup tidur kerana terpaksa melayan kerenah jin yang berulang alik datang menganggu penulis. Setiap kali di tunjuknya cincin jin akan lari meninggalkan penulis tetapi datang semula kepada penulis macam mengacah budak kecil bermain.

Selepas seminggu kemudian pemilik datang berjumpa dengan adik penulis meminta semula cincinnya. Pemilik cincin gunung berani menceritakan kejadian kedatangan segombolan jin ke rumahnya. Jin-jin datang beramai-ramai berkumpul dan menggelilingi rumahnya macam tawaf. Katanya macam nak roboh rumah dikerjakan jin-jin itu.

Pemiliknya turut diganggu begitu teruk sekali katanya. Beliau menjanjikan cincin lain untuk menggantikan cincin tersebut. Namun sekian lama menunggu kehadiran pendinding lain penulis terpaksa berhadapan dengan jin tanpa azimat lagi.

Monday, September 15, 2008

cincin gunung berapi27







Seorang kawan kepada adik telah menawarkan pertolongan untuk membantu apabila mengetahui kisah kami sekeluarga. Pada malam selepas kami telah diminta datang ke rumahnya yang tidak berjauhan dari rumah kami kira-kira 3 km sahaja.

Apabila kami melangkah masuk ke rumahnya kami dapati begitu banyak barang-barang lama seperti keris, batu-batu dan cincin. Bila ditanya mengapa menyimpan begitu banyak barang-barang. Beliau menyatakan barang itu bukan sahaja perhiasan tetapi diperolehi dari tok -tok bomoh dari indonesia. Barang tersebut banyak tergantung di ruang tamu. Katanya jin-jin akan takut menganggu bila kita memakainya.

Beliau perawakannya seorang yang berjanggut dan memakai kopiah putih. Beliau banyak menghabis masa menuntut ilmu bomoh ketika belajar di indonesia. Setelah habis bersembang beliau menunjukkan beberapa cincin. Kemudian beliau menawarkan cincin hitam yang diperbuat dari gunung berapi. Katanya jin akan takut berhadapan dengan si pemakainya. Namun begitu beliau tidak menjualnya tetapi hanya untuk pinjaman sahaja.


Penulis hanya dibenarkan memakai apabila si jin datang menganggu sahaja. Pada malam itu penulis memegang erat bersama cincin. Pada sebelah malam kira-kira pukul 1.30 pagi si jin datang seperti biasa mengganggu penulis. Penulis apabila mengetahui kedatangan si jin telah memakai cincin itu dan apa yang berlaku si jin benar-benar takut dan kedengaran jelas suara jin mengeram kemarahan dan takut meninggal penulis.


Namun apa yang berlaku si jin berulang kali datang menghampiri ,penulis akan menunjukkan cincin tersebut dan jin akan meninggalkan penulis dengan tanda kemarahan. Penulis merasa lenguh tangan kerap acapkali menunjukkan cincin kepada si jin.

Penulis walau bagaimana pun tidak nyenyak tidur kerana sibuk melayan kedatangan si jin yang nampak marah dan tidak berpuas hati.

Saturday, September 13, 2008

Bau hamis26



Biasanya orang akan mengaitkan bau yang harum dengan kedatangan jin terutamanya di tengah malam. Namun bagi pengalaman penulis mengatakan sebaliknya.


Teringat pada malam itu selepas maghrib penulis berada di ruang tamu sambil menonton tv. Ketika duduk di atas kerusi di meja makan. Ketika tiada siapa di rumah kecuali penulis. Tiba-tiba bunyi ketukan di belakang tv sepeti biasa. Dalam pemikiran penulis sudah.. dia datang lagi..

Kini penulis merasakan dia semakin hampir dengan penulis. Bunyi pula kedengaran di atas meja makan pula seolah-olah berjalan di atas meja.


Si jin semakin hampir dengan penulis, bulu-bulu roma menegak dan terasa rimas sekali. Penulis kini terasa mendengar hembusan nafas si jin seperti nafas tercungap-cungap dengan kuat. Namun penulis mencium bau hamis macam bau kambing.


Penulis pun berkata dengan kuat busuknya kamu ni! Tiba-tiba seolah-olah merajuk dan terasa meninggalkan penulis dengan ketukan bunyi yang kuat.

Pada pendapat mana mungkin si jin berbau wangi kalau makan benda-benda kotor seperti darah dan banyak menghabiskan hidupnya di tempat-tempat kotor seperti di tandas. Kecuali menjaga makan minum dan tinggal dengan menjaga kebersihan. InsyaAllah berbau wangi.

Tok Wali25






Disebabkan oleh penulis baru aje kemalangan dengan treler maka mok penulis syorkan mandikan kereta. Agar kita lebih berhati-hati di jalan raya dan minta Allah sentiasa melindungi kita sepanjang perjalanan.


Untuk itu kami pergi berjumpa tok wali iaitu orang yang menghabiskan usia semata-mata beribadat kepada Allah. Dahulunya ialah orang awam aje tetapi kemudian banyak melibatkan dengan dakwah sehingga kehidupannya banyak masa di surau. Orang yang sentiasa memuji Allah tak lekang di bibirnya.


Mok penulis berjumpa dengan tok wali dan memberitahu hajat sebenar iaitu memandi kereta termasuk pemilik sekali iaitu penulis. Biasanya tok wali akan bangun malam solat sunat hajat dan meniupkan bacaan ayat-ayat Al-Quran pada air.


Kebesokannya adik ipar pergi berjumpa tok wali untuk mengambil air solat hajat. Tetapi apa yang berlaku tok wali menceritakan peristiwa yang berlaku ke atas beliau dan keluarga. Bagaimana kedatangan jin datang menganggu anaknya. Dimaklumkan jin itu memberi amaran 'jangan kacau penulis'.


Tok wali menasihati agar penulis berubat dengan bomoh yang benar-benar arif Al-Quran bukan bomoh yang memelihara jin.

Thursday, September 11, 2008

Lebuhraya jin24



Selang beberapa hari ayah penulis ke rumah bomoh kerajaan untuk menjemput semula ke rumah. Kali ini tok bomoh datang bersama isterinya. Tok bomoh membaca ayat-ayat lazim dan menghembuskan pada air untuk diminum dan mandi.

Tok bomoh menyatakan hairan bagaimana jin datang balik padahal sudah dihalau tempoh hari. Mengikut pengalamannya inilah kali pertama orang memanggil semula untuk pengubatan kali kedua. Biasanya sudah cukup hanya sekali.

Akhirnya tok bomoh menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku selepas pengubatan malam pertama. Katanya jin datang ke rumah dan mengganggu mereka sekeluarga. Perkara ini disahkan sendiri oleh isterinya. Isterinya tidak dapat bergerak dan tok bomoh tak dapat menolongnya dan hanya menyaksikan sahaja keadaan itu. Kata isterinya baru hari ini ia merasa sihat dan menyatakan syukur kepada Allah. Oleh sebab itu ia hendak datang menemani suaminya sambil menyaksikan rumah ini.

Menurut tok bomoh, rumah ini terlalu ramai jin termasuk yang baru kerana laluan jin sambil menunjukkan arahnya umpama lebuhraya. Rumah ini termasuk laluannya. Sebab itu apabila kita menghalau jin maka jin baru akan muncul.

Bagi penulis apa jua ulasan tok bomoh, malam itu jin masih datang dan penulis amat arif pergerakannya seperti biasa.

Tuesday, September 9, 2008

Bomoh Kerajaan23




Adik ipar penulis bila disuruh isterinya membuat susu untuk anaknya sudah pasti akan menolak kerana tidak berani bangun di tengah malam. Apalagi sudah mendengar bunyi-bunyi pelik di dapur. Alamak 2-3 orang masuk ke dapur dengan membuat bising tetapi bunyi tetap kedengaran.


Seorang bomoh dipanggil belum pencen lagi bekerja di jabatan kerajaan. Selepas solat Isyak beliau datang ke rumah bersama seorang lagi kawannya untuk dibuat teman. Semasa itu di rumah penuh dengan saudara- mara penulis untuk menyaksikan bagaimana bomoh akan berdepan dengan jin. Setelah berbual panjang, bomoh memulakan bacaan dan ayat-ayat lazim digunakan. Selepas itu di arahkan membuka pintu-pintu rumah. Kemudian bomoh menyatakan jin akan hadir sebentar lagi.


Kami menunggu dengan sabar dan diam, tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan yang kuat sekali pada mesin basuh. Kami begitu terperanjat sekali dan hairan bahawa jin tidak takut sama sekali dengan kami walaupun kami begitu ramai.


Beberapa minit kemudian bomoh menabur garam dan lada hitam di seluruh ruang rumah. Begitu juga di luar rumah. Sebelum balik bomoh yakin dengan izin Allah makhluk akan keluar dari rumah.


Pada malam itu penulis merasa selesa dan akan tidur nyenyak tanpa gangguan lagi. Namun menjelang tengah malam sangkaan meleset si jin tetap datang menganggu.





Monday, September 8, 2008

Tuntut di akhirat22



Aku sendiri pun tak tahu kenapa jin begitu beria sangat nak menganggu aku. Adakah aku melakukan sesuatu yang menjadi kemarahan jin. Mungkin kerana aku memanggil bomoh langsung menganggu ketenteraman mereka. Lainlah kalau aku membunuh anak jin atau merogol anak jin.

Mereka hanya memikirkan ketenteraman mereka tetapi tolong sedar siapa yang memulakan gangguan. Siapa yang menyebabkan kekalutan aku dan keluarga aku. Di akhirat nanti aku akan tuntut kembali pada mereka yang sengaja menganggu, ketenteraman tidur aku, badjet kewangan yang terpaksa yang dibelanjakan.

Perkara yang paling penting gangguan yang hampir-hampir menjauhkan aku dengan Tuhan. Dengan maksud mencampur adukkan perkara-perkara yang membawa kepada syirik kepada Allah. Dengan pemakaian azimat,penyembelihan ayam kerana jin , menyediakan makanan dan mengasapkan azimat dan pisau.
Terutamanya jin islam yang bersubahat biar kurus pahala yang tinggal. Macam tak ada kerja lain duduk atas bumi nak kacau orang aje.

Saturday, September 6, 2008

Aliens21




Sejak berubat dengan tok bomoh pantai tidak banyak perubahan diterima gangguan masih berlaku. Malah kali keadaan menjadi semakin parah. Igauan terhadap makhluk berbulu sukar dilupakan. Nak tidur di dalam bilik pun tak berani maka ruang tamu menjadi sasaranku.
Pada suatu malam aku dikejutkan bunyi pergerakan di dapur. Pergerakan sudah menjadi biasa bagi penulis. Tetapi kali ini Makhuk itu semakin datang menghampiri ku. Aku cepat-cepat menarik selimut.
Tiba-tiba kerusi di ruang makan ditolaknya dan dengan jelas pergerakan lompatan ke atas meja. Namun aku tidak masih tidak melihat apa-apa lagi. Aku ketika itu begitu amat takut sekali. Badan sudah berpeluh, jantung ku berdenyut-denyut dengan gerak pantas. Takutnya aku ketika itu Tuhan aje! yang tahu. Apa yang berlaku di dalam saat-saat suspens watak pelakon utama filem seram aliens telah berlaku kepada penulis.
Penulis menarik selimut hingga ke kepala kerana tak sanggup lagi melihat situasi yang sedang berlaku. Surah Yassin sudah diletak di bawah bantai, mulutku berkumat-kumit membaca doa dan ayat-ayat Al- Quran untuk dijauhi gangguan.
Tiba-tiba aku merasa sesuatu pergerakan disebelah badan ku. Ianya semakin hampir hingga semakin dekat di bahagian kepala di sebelah telinga kiri. Akhirnya keluar suara Wahhhhhhhhhh.....
Aku pun apa lagi terus menjerit kuat sehingga keluarga ku bangkit bangun dan bertanya apa yang berlaku. Apa yang berlaku pada malam itu menjadi rentetan peristiwa terus menerus gangguan jin berlaku kepada aku hampir setiap malam. Apa yang berlaku macam cerita aliens dan predator.

Mungkin ada pembaca sangsi cerita tadi tetapi penulis tetap berpendirian benar hanya Allah yang mengetahuinya. Untuk apa cerita ini ditulis untuk sekadar main-main atau pengajaran yang boleh dikongsi bersama.

Friday, September 5, 2008

bomoh pantai20




Aku dan keluarga berangkat ke perkampungan berdekatan pantai pada waktu malam selepas isyak. Seperti bomoh yang lain penggunaan limau nipis menjadi taruhan utama. Biasanya dibawa oleh pesakit. Dengan senjata keris lama membelah limau dan dicampak ke bekas air. Dari situ bomoh menyia-yiakan ada gangguan jin. Tapi ini macam kelompok besar tetapi dengan keyakinan InsyaAllah boleh sembuh.
Penulis diminta duduk melunjur kaki bersama-sama adik perempuan dan mok sambil diminta membaca ayat-ayat suci Al-Quran sendirian. Tok bomoh dengan kumat-kamit membaca doanya. Tetapi lama-kelamaan kelakuannya berubah menjadi ganas dengan bersilat dan tangan memukul. Bomoh bersilat begitu lama sehingga berguling-guling di atas lantai. Muka tok bomoh sampai tenyek ke lantai macam bergomok dengan sesuatu. Keluargaku tak tahan sampai nak tergelak melihat kelakuan tok bomoh macam budak kecil bermain.
Akhir kami pulang dengan mandian buah limau kegunaan selama 3 hari.
Pada hari ke 2 kami datang semula ke rumah tok bomoh tetapi tok bomoh nampak benar tidak begitu ceria. Akhirnya menceritakan serangan jin ke atasnya selepas malam pengubatan. Dengan menunjukkan jari dan kakinya yang bengkak katanya digigitnya oleh jin semasa pengelutan.
Selepas 3 hari mandi limau gangguan masih berterusan maka apa yang boleh disimpulkan doa masih belum dimakbulkan.
Dalam tempoh 2 bulan kemudian penulis bertemu dengan tok bomoh itu di sebuah kenduri. Tok bomoh menyatakan ianya sendiri hairan biasanya jin tidak bertindak balas dengannya. Usaha lagi........ katanya.

Thursday, September 4, 2008

Damping19


Sejak peristiwa bertemu dengan makhluk berbulu tempoh hari penulis sukar untuk melupakanya. Wajahnya sentiasa terbayang walaupun pergi kemana. Bila tiba pada waktu malam itulah saat yang paling menakutkan. Makhluk tersebut bila sudah ketahui wajahnya sebenar maka mengamuklah dia macam orang ketahui rahsianya sudah diketahui. Ianya tak sengan-segan lagi untuk mengacau seteruk-teruknya.

Hampir setiap penjuru rumah diketuknya tidak mengira malam mahupun siang. Hampir setiap pergerakan penulis diikuti dan dijejak. Kata orang kita ketahui benar samada kita diikuti atau tidak. Antaranya ialah tanda-tanda bunyi ketukan, Tanda cakaran di badan, kalau mandi tandas terutamanya seolah-olah diperhatikan. Semakin kita marah dan memaki hamunnya semakin menjadi-jadi seolah-olah tiada tanda langsung takut dan hormat kepada manusia.

Kadang-kala keluar rumah, di dalam kereta pun tidak terkecuali.

Tuesday, September 2, 2008

makhluk berbulu18



Malam tu kira-kira jam 11.30 malam aku rasa kepenatan dan masuk tidur di bilik. Bilik itu bersebelahan dengan tandas. Ketika syok tidur terasa sesuatu menyentuh kepala. Aku pun terkejut dan melihat imbasan makhluk hitam keluar dari bilik. Aku agak terkejut tetapi oleh kerana sudah biasa buat tak tahu aje!. Masa tu baru pukul 12.30 malam jam tangan di sebelahku. Wah! mengacau betul! jawabku rasa tak puas langsung nak tidur.


Aku kembali semula nak sambung nak tidur tetapi mata pula sukar nak lelap. Lama kelamaan aku hampir terlelap maka ketika itu tiba-tiba tangan sebelah kiri bergerak sendiri tanpa kawalanku. Jari-jemari bergerak menyentuh dan menyapu mukaku, terus merayap ke mata, ke telinga, ke lubang hidung dan akhirnya ke bibir. Aku biarkan aje apa yang sedang berlaku kemudian aku membuka mulut, jari-jemari terus ku gigit sambil dibacakan ayatul Kursi. Tak sempat habiskan ayat Kursi tiba-tiba terdengar suara bertempik ghhhhhhhhrrrrr........ dengan begitu kuat sekali.


Aku amat terperanjat mendengar suara itu dan langsung aku melihat satu makhluk yang berbulu di sebelah kiri ku di atas katil.


1. Saiznya seperti kanak-kanak berusia5-6 tahun.


2. Berbadan kemas(sihat) dan berdiri tegak seperti manusia dengan badan berbulu seluruh badan.


3. Mata besar dan merah.


4. Muka seperti beruk bercampur muka anjing amat menakutkan.


5. Mempunyai taring seperti beruk.


Aku begitu kaget sekali tercegat bangun melihat makhluk yang tak pernah ku lihat yang begitu mengerunkan sama sekali. Pandangan mata ku tepat ke arah matanya akhirnya aku mengalah dan terus keluar dari bilik. Siapa yang sanggup tengok muka macam tu! kalau cantik tak apa juga. Makhluk berbulu mengejar dari belakang dengan suaranya yang garau tetapi terus menghilangkan diri. Kebetulan malam itu Mok aku tidur di ruang tamu bangun terperanjat dan bertempik dan bertanya apa-apa-apa tu! tu!




Monday, September 1, 2008

pasar malam17




Selamat berpuasa semoga Allah merahmati kita semua. Penulis meneruskan kisah sempena bulan ramadan. Hampir setiap malam penulis terbangun dan terkejut kerana mendengar suara riuh di luar rumah. Suasana macam di pasar malam. Apabila aku bangun memerhatikan samada dari dalam atau di luar rumah tidak nampak sesuatu orang berkumpul di depan rumah. Kadang-kala cukup menghairankan suara siapa malam-malam ni. Kenapa aku mendengar suara-suara itu yang cukup mengangguku ketika tidur.
Pernah jiran sekampung bertanya kepada mok kamu buat makan ke! pasal nampak banyak orang dan kenderaan di luar rumah di tengah malam. Mok cakap takda lah!