Thursday, September 11, 2008

Lebuhraya jin24



Selang beberapa hari ayah penulis ke rumah bomoh kerajaan untuk menjemput semula ke rumah. Kali ini tok bomoh datang bersama isterinya. Tok bomoh membaca ayat-ayat lazim dan menghembuskan pada air untuk diminum dan mandi.

Tok bomoh menyatakan hairan bagaimana jin datang balik padahal sudah dihalau tempoh hari. Mengikut pengalamannya inilah kali pertama orang memanggil semula untuk pengubatan kali kedua. Biasanya sudah cukup hanya sekali.

Akhirnya tok bomoh menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku selepas pengubatan malam pertama. Katanya jin datang ke rumah dan mengganggu mereka sekeluarga. Perkara ini disahkan sendiri oleh isterinya. Isterinya tidak dapat bergerak dan tok bomoh tak dapat menolongnya dan hanya menyaksikan sahaja keadaan itu. Kata isterinya baru hari ini ia merasa sihat dan menyatakan syukur kepada Allah. Oleh sebab itu ia hendak datang menemani suaminya sambil menyaksikan rumah ini.

Menurut tok bomoh, rumah ini terlalu ramai jin termasuk yang baru kerana laluan jin sambil menunjukkan arahnya umpama lebuhraya. Rumah ini termasuk laluannya. Sebab itu apabila kita menghalau jin maka jin baru akan muncul.

Bagi penulis apa jua ulasan tok bomoh, malam itu jin masih datang dan penulis amat arif pergerakannya seperti biasa.

No comments: