Seorang kawan kepada adik telah menawarkan pertolongan untuk membantu apabila mengetahui kisah kami sekeluarga. Pada malam selepas kami telah diminta datang ke rumahnya yang tidak berjauhan dari rumah kami kira-kira 3 km sahaja.
Apabila kami melangkah masuk ke rumahnya kami dapati begitu banyak barang-barang lama seperti keris, batu-batu dan cincin. Bila ditanya mengapa menyimpan begitu banyak barang-barang. Beliau menyatakan barang itu bukan sahaja perhiasan tetapi diperolehi dari tok -tok bomoh dari indonesia. Barang tersebut banyak tergantung di ruang tamu. Katanya jin-jin akan takut menganggu bila kita memakainya.
Beliau perawakannya seorang yang berjanggut dan memakai kopiah putih. Beliau banyak menghabis masa menuntut ilmu bomoh ketika belajar di indonesia. Setelah habis bersembang beliau menunjukkan beberapa cincin. Kemudian beliau menawarkan cincin hitam yang diperbuat dari gunung berapi. Katanya jin akan takut berhadapan dengan si pemakainya. Namun begitu beliau tidak menjualnya tetapi hanya untuk pinjaman sahaja.
Penulis hanya dibenarkan memakai apabila si jin datang menganggu sahaja. Pada malam itu penulis memegang erat bersama cincin. Pada sebelah malam kira-kira pukul 1.30 pagi si jin datang seperti biasa mengganggu penulis. Penulis apabila mengetahui kedatangan si jin telah memakai cincin itu dan apa yang berlaku si jin benar-benar takut dan kedengaran jelas suara jin mengeram kemarahan dan takut meninggal penulis.
Namun apa yang berlaku si jin berulang kali datang menghampiri ,penulis akan menunjukkan cincin tersebut dan jin akan meninggalkan penulis dengan tanda kemarahan. Penulis merasa lenguh tangan kerap acapkali menunjukkan cincin kepada si jin.
Penulis walau bagaimana pun tidak nyenyak tidur kerana sibuk melayan kedatangan si jin yang nampak marah dan tidak berpuas hati.
1 comment:
Agaknya apabila sudah masuk 10 hari terakhir ramadan, dekat nak raya encik ni akan tulis cerita hantu raya tak? Kalau ada kaitan hantu raya dengan main mercun atau merokok bagus juga ditulis. Ada gerun sikitlah dua tiga ari....
Post a Comment