Saturday, September 27, 2008

Anak angkat jin32


Setelah cukup tempoh 7 hari 7 malam menginap di rumah penulis, haji meminta kebenaran untuk pulang. Sepanjang haji bersama dengan penulis gangguan jin berlaku ke atas penulis hanya berlaku 1-2 kali sahaja. Boleh dikatakan penulis agak selesa untuk tidur. Haji selalu berpesan agar berbanyak bersabar dan menjaga solat.


Terdapat satu keistimewaan pada diri haji ialah begitu bersopan satun dan tidak suka berbazir. Pernah penulis membeli nasi kunyit dan memberikan kepada haji pada malam itu. Kemudian kebesokan harinya penulis mendapati nasi kunyit masih tidak disentuh lagi. Apabila penulis bertanya mengapa haji tidak memakan nasi kunyit katanya ketika itu haji perut masih belum lapar. Katanya makan apabila terasa lapar dan berhenti sebelum terasa kenyang.


Penulis kemudian ingin mengambil dan membuang nasi kunyit yang bercampur kuah tetapi dihalang oleh haji katanya masih elok lagi walaupun pada tanggapan nasi kunyit itu telah basi. Katanya perut sudah lali dengan makanan semalaman.


Sebelum haji pulang haji meminta kebenaran kepada penulis untuk mengambil seekor anak jin. Penulis begitu terperanjat dan hampir nak tergelak biar betul orang tua ni! Penulis berkata mengapa minta izin dengan penulis minta izin dengan bapa jin dan kata penulis kalau ambil semua jin lagi bagus tidaklah menyusahkan penulis.


Haji memandang tepat ke arah pagar dan menuju ke arah itu dan kemudian kelihatan seolah-olah memegang sesuatu dan membungkusnya dengan kain pelikat. Katanya beliau begitu tertarik dengan kecantikan anak jin katanya cute! sambil menyatakan dekat rumah penulis banyak yang cantik-cantik. Ya ke! setahu penulis jin yang penulis nampak adalah jenis siapa pun tak ingin tonton. hentamlah labu.. macam sedikit tak percaya timbul dengan kata dan perbuatan

haji.


Akhirnya haji pulang meninggalkan penulis dengan tanda tanya mengapa haji tidak menghalau semua jin dan ini bermakna masih terdapat jin di rumah. Wah! sudah penulis mula merasa takut macamana waktu malam nanti adakah jin akan terus menganggu penulis. Perasaan itu terus menganggu di dalam benak fikiran penulis sedangkan haji yang nampak ceria mendapat anak angkat jin baru. Wallah waalam.

2 comments:

suparjo@blogspot.com said...

ADAKAH JIN BOLEH MASUKI TUBUH MANUSIA?

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 275:

‏الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ


Maksudnya: “Orang-orang yang memakan harta riba, mereka tidak berdiri (pada hari kiamat) melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuki syaitan kerana gila.”

Para ulama menjadikan ayat ini sebagai dalil bolehnya jin memasuki tubuh manusia dan merasuki mereka, kerana mustahil Allah SWT membuat perumpamaan di dalam firmannya yang mulia dengan suatu perkara yang tidak boleh berlaku. Apabila Allah SWT membuat perumpamaan orang-orang yang memakan riba di dunia akan bangun pada hari kiamat kelak seperti orang yang dirasui syaitan, menunjukkan manusia boleh dirasuki oleh syaitan.

Al-Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat di atas berkata:


لا يقومون من قبورهم يوم القيامة إلا كما يقوم المصروع حال صرعه وتخبط الشيطان له‏

Maksudnya: “Mereka (orang yang memakan riba) tidak bangun dari kubur-kubur mereka pada hari kiamat, melainkan seperti berdirinya orang yang disawan ketika sawannya dan dirasuki syaitan.”

Nabi SAW pula bersabda:

إن الشيطان يجري من ابن آدم مجرى الدم

Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan bergerak di dalam badan anak adam melalui tempat perjalanan darah (urat).”

Al-Asy’ariy di dalam Maqalaat Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah berkata: “Sesungguhnya jin memasuki badan orang yang disawan (oleh syaitan).” Dan beliau menjadikan ayat al-Quran di atas sebagai dalilnya.

Anak imam Ahmad bernama Abdullah berkata:


قلت لأبي‏:‏ إن قوماً يزعمون أن الجني لا يدخل في بدن الإنسي فقال‏:‏ يا بني يكذبون هو ذا يتكلم على لسانه‏

Maksudnya: “Aku bertanya kepada bapaku (imam Ahmad): Sesungguhnya segolongan orang beranggapan bahawasanya jin tidak boleh memasuki badan manusia.” Jawab bapaku: “Wahai anakku, mereka itu berdusta, jin boleh berbicara melalui lidah orang yang dirasukinya.”

Imam Ahmad dan al-Baihaqi juga ada meriwayatkan hadith dari Nabi SAW yang baginda didatangkan seorang budak yang dirasuki, lalu Nabi SAW bersabda:


‏اُخْرُجْ عَدُوَّ اللهِ، اُخْرُجْ عَدُوَّ اللهِ‏

Maksudnya: “Keluar wahai musuh Allah, keluar wahai musuh Allah.” Di dalam riwayat yang lain baginda menyebut:


اخرج عدو الله ، أنا رسول الله‏

Maksudnya: “Keluar wahai musuh Allah, aku adalah Rasulullah.” Lalu budah itupun sembuh.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyya RH di dalam Majmu’ al-Fatawa (Jilid 24, m.s. 276-277)berkata: “Kewujudan jin thabit berdasarkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul SAW dan berdasarkan kesepakatan generasi salaf dan para imam mereka, demikian juga masuknya jin ke dalam badan manusia thabit dengan kesepakatan para imam Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah…”
Wallahu a’lam.

www.al-qayyim.net/

kemik said...

Kalau nak tahu manusia boleh atau tidak ikuti atau tidak tunggu episod akan datang kerana penulis turut mempunyai pengalaman.