Friday, September 5, 2008

bomoh pantai20




Aku dan keluarga berangkat ke perkampungan berdekatan pantai pada waktu malam selepas isyak. Seperti bomoh yang lain penggunaan limau nipis menjadi taruhan utama. Biasanya dibawa oleh pesakit. Dengan senjata keris lama membelah limau dan dicampak ke bekas air. Dari situ bomoh menyia-yiakan ada gangguan jin. Tapi ini macam kelompok besar tetapi dengan keyakinan InsyaAllah boleh sembuh.
Penulis diminta duduk melunjur kaki bersama-sama adik perempuan dan mok sambil diminta membaca ayat-ayat suci Al-Quran sendirian. Tok bomoh dengan kumat-kamit membaca doanya. Tetapi lama-kelamaan kelakuannya berubah menjadi ganas dengan bersilat dan tangan memukul. Bomoh bersilat begitu lama sehingga berguling-guling di atas lantai. Muka tok bomoh sampai tenyek ke lantai macam bergomok dengan sesuatu. Keluargaku tak tahan sampai nak tergelak melihat kelakuan tok bomoh macam budak kecil bermain.
Akhir kami pulang dengan mandian buah limau kegunaan selama 3 hari.
Pada hari ke 2 kami datang semula ke rumah tok bomoh tetapi tok bomoh nampak benar tidak begitu ceria. Akhirnya menceritakan serangan jin ke atasnya selepas malam pengubatan. Dengan menunjukkan jari dan kakinya yang bengkak katanya digigitnya oleh jin semasa pengelutan.
Selepas 3 hari mandi limau gangguan masih berterusan maka apa yang boleh disimpulkan doa masih belum dimakbulkan.
Dalam tempoh 2 bulan kemudian penulis bertemu dengan tok bomoh itu di sebuah kenduri. Tok bomoh menyatakan ianya sendiri hairan biasanya jin tidak bertindak balas dengannya. Usaha lagi........ katanya.

1 comment:

suparjo@blogspot.com said...

yuh dahsyatnya aksi tokmoh tu. Lain kali kalu jumpa tokmoh siap ada kamera video, letak dalam blog nih. Lepas tu kita promot blog ni dlm akhbar sinar harian ruangan dari blog ke blog, gerenti meletup punya.