Tuesday, September 2, 2008

makhluk berbulu18



Malam tu kira-kira jam 11.30 malam aku rasa kepenatan dan masuk tidur di bilik. Bilik itu bersebelahan dengan tandas. Ketika syok tidur terasa sesuatu menyentuh kepala. Aku pun terkejut dan melihat imbasan makhluk hitam keluar dari bilik. Aku agak terkejut tetapi oleh kerana sudah biasa buat tak tahu aje!. Masa tu baru pukul 12.30 malam jam tangan di sebelahku. Wah! mengacau betul! jawabku rasa tak puas langsung nak tidur.


Aku kembali semula nak sambung nak tidur tetapi mata pula sukar nak lelap. Lama kelamaan aku hampir terlelap maka ketika itu tiba-tiba tangan sebelah kiri bergerak sendiri tanpa kawalanku. Jari-jemari bergerak menyentuh dan menyapu mukaku, terus merayap ke mata, ke telinga, ke lubang hidung dan akhirnya ke bibir. Aku biarkan aje apa yang sedang berlaku kemudian aku membuka mulut, jari-jemari terus ku gigit sambil dibacakan ayatul Kursi. Tak sempat habiskan ayat Kursi tiba-tiba terdengar suara bertempik ghhhhhhhhrrrrr........ dengan begitu kuat sekali.


Aku amat terperanjat mendengar suara itu dan langsung aku melihat satu makhluk yang berbulu di sebelah kiri ku di atas katil.


1. Saiznya seperti kanak-kanak berusia5-6 tahun.


2. Berbadan kemas(sihat) dan berdiri tegak seperti manusia dengan badan berbulu seluruh badan.


3. Mata besar dan merah.


4. Muka seperti beruk bercampur muka anjing amat menakutkan.


5. Mempunyai taring seperti beruk.


Aku begitu kaget sekali tercegat bangun melihat makhluk yang tak pernah ku lihat yang begitu mengerunkan sama sekali. Pandangan mata ku tepat ke arah matanya akhirnya aku mengalah dan terus keluar dari bilik. Siapa yang sanggup tengok muka macam tu! kalau cantik tak apa juga. Makhluk berbulu mengejar dari belakang dengan suaranya yang garau tetapi terus menghilangkan diri. Kebetulan malam itu Mok aku tidur di ruang tamu bangun terperanjat dan bertempik dan bertanya apa-apa-apa tu! tu!




No comments: