Pada suatu petang haji memberikan bacaan berintonasi bahasa jawa kepada penulis untuk dibaca katanya untuk bacaan untuk jadi bomoh. Penulis agak ragu-ragu kenapa pulak untuk jadi bomoh jadi orang biasa pun tak tahan diganggu jin. Namun tetap membaca dan menghafal bacaan itu dengan niat untuk menghalau gangguan jin.
Selain itu haji juga memberikan azimat hitam untuk dipakai di pinggang ke mana sahaja kecuali masuk ke tandas. Nampak gayanya penuh badan penulis memiliki azimat berbagai jenis untuk menghalau jin.
Pada hari ke 6 haji memberitahu kami sekeluarga bahawa setelah bercakap dengan ketua jin bahawa terdapat 2 anak perempuan yang tertarik dengan penulis. Mereka ingin sekali berkahwin dengan penulis tetapi nampaknya penulis tidak menunjukkan respon yang baik apabila mereka cuba mendekati penulis. Mereka begitu amat sayang sekali dengan penulis dan jika boleh ingin sentiasa bersama dengan penulis.
Wahhhh..... begitukah cakap mereka respon penulis. Ada juga jin yang berminat dengan penulis tetapi sayang jawapannya ialah penulis tiada selera nak berkawan dengan anak jin apalagi nak berkahwin. Penulis juga mempunyai maruah nilai kemanusiaan dalam jiwa penulis walaupun ditawar dengan kemewahan. Lupakan sahaja niat mereka itu lebih baik cari sesama bangsa lebih afdal.
Samada benar kata-kata haji hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Untuk episod seterusnya
penulis akan membincang tentang beberapa pertunangan yang gagal, melibatkan penulis.Kalau tak silap 5 kali. Adakah jin terlibat atau tidak kita akan lihat kemunculan episod tersebut. Insya Allah.
1 comment:
Firman Allah swt, "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu"
Kita juga sedia tahu yg makhluk bernama jin ini ujud, maksud sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia bukan bermakna jin adalah suma jahat..akan tetapi "nakalnya" lebih.. sebab tu la terjadi peristiwa org diubah tempat tidur dalam masjid yea tak?
Moga2 kita tidak disesatkan dengan perkara2 yg dirasakan kecil tetapi boleh membawa kepada syirik.
Wallahu A'lam
Post a Comment