Monday, December 15, 2008

Kebas Demam 47


Di tengah malam penulis merasa kebas demam semakin kurang dan bangun menunaikan solat zohor, asar, maghrib dan isyak serentak.


Setelah melalui pengalaman tekanan emosi dan perasaan pada siang hari hampir 16 jam benar- benar memberi pengalaman berguna kepada penulis dalam kata-kata berhati-hati kalau mahu berhadapan dengan jin. Kalau kita ada masalah peribadi kehidupan yang belum selesai jangan cuba-cuba cari masalah baru iaitu berhadapan dengan jin.


Pada siangnya penulis didatangi seorang tukang urut lewat 50-an yang berusaha memulihkan semangat penulis. Baru menyentuh beberapa bahagian anggota tubuh penulis pak tukang urut berhenti sejenak dan memandang tepat kepada penulis. Kamu ni! macam ada pendamping tetapi tak apa pakcik sudah ada pengalaman luas dalam hal-hal mengurut pesakit yang ada pendamping, sambil meneruskan urutannya.

Sunday, December 7, 2008

Terlantar teruk 46


Apabila sampai ke rumah adik perempuan penulis ditempatkan di ruang tamu dan saudara mara mula memenuhi ruang tamu untuk melihat keadaan penulis yang di dakwa keadaan nazak. Mulut penulis tidak berhenti mengadu kesakitan dengan nafas yang tersekat-sekat sehingga badan dan dada terangkat berulang kali.


Terdapat ahli keluarga menangis teresak-esak dengan membayang umur yang muda sudah mahu menghembuskan nafas terakhir. Datang ustaz melihat keadaan penulis disamping seorang doktor merawat keadaan penulis.


Tiba-tiba aje! Penulis tersedar dari situasi itu bahawa tiada apa yang pelik berlaku dan seolah-olah menjadi aktor terbaik dalam lakonan tersebut. Sesuatu yang tidak dapat penulis menolak kenyataan ialah pemikiran dan kekuatan fizikal benar-benar di bawah pengaruh jin. Dari payah dan kesakitan macam rasa nak mati membayangkan sakit juga kalau jin mahu keluar dari tubuh manusia.


Malam itu penulis ditemani oleh mak saudara penulis yang memang arif dengan pengaruh jin berdasarkan pengalamannya berhadapan dengan jin.

Monday, December 1, 2008

Terasa roh melayang 45


Kepala penulis terasa amat sakit kerana terasa benar rambut di tarik-tarik ke atas sampai nak tercabut daripada ubun-ubun kepala. Penulis tak tahu nak apa lagi kesakitan amat sangat hingga mundar ke hulu ke hilir. Rakan- rakan merasa amat hairan dan bertanya kenapa.


2 ustaz dipanggil untuk memulihkan keadaan penulis tetapi keadaan reda hanya seketika saja. Apabila ustaz sudah tiada penyakit itu kembali datang menyerang penulis. Apa yang mampu dilakukan oleh penulis supaya rakan-rakan penulis menghantar penulis pulang ke rumah.


Penulis sempat menelefon ahli keluarga dari kampung datang mengambil penulis semasa dalam persinggahan perjalanan. Penulis tidak mahu dihantar ke hospital kerana penulis bukannya sakit secara fizikal tetapi gangguan jin.


Apabila ketemu ahli keluarga penulis merasa amat pilu dan menangis sama sekali tidak dapat dikawal emosi oleh penulis. Dalam perjalanan pulang ke kampung penulis menangis teresak-esak macam budak kecil. Apabila hendak sampai ke kampung penulis merasa macam hendak mati. seolah-olah ajal sudah dekat. Terasa seolah-olah roh tercabut daripada tubuh penulis.

Monday, November 24, 2008

genggaman jin 44


Malam tu penulis tidak dapat tidur lena walaupun badan keletihan dan tidur lewat. Macam-macam datang mata sukar melelapkan diri. Sedar-sedar aje penulis digerakkan oleh isteri katanya malam tadi abang tidur meracau dan bila disentuh badan menjadi panas katanya demam masih belum kebas malah semakin menjadi semakin teruk.


Namun penulis masih masih bertekad untuk bangun untuk pergi kerja. Walaupun kepala terasa ting-tong penulis membawa kereta lebih perlahan dari biasa. Dalam perjalanan penulis bercakap banyak lebih daripada biasa kepada rakan-rakan penulis yang turut menumpang sekali. Jarak ke tempat kerja 96 km pergi saja.


Di tempat kerja penulis merasa panas sejuk kembali nak demam. Penulis minta kebenaran untuk keluar ke klinik. Sebelum ke klinik penulis singgah ke warung untuk minum. Semasa di warung penulis seolah-olah sengaja memesan air fresh oren walaupun ketahui warung itu tidak menjual air tersebut.


Semasa sedang minum keseorangan penulis merasa sesuatu yang datang dari belakang terus memaku pergerakan penulis seolah-olah makhluk menembusi tubuh penulis. Penulis merasa menjadi pilu dan hendak menangis. Penulis sempat mendail kepada rakan penulis untuk datang membantu penulis.


Apabila 2 rakan penulis datang penulis tidak dapat berkata apa-apa hanya membuat isyarat tangan dan menulis pen pada kertas. Penulis sempat memesan rokok padahal sudah 2 tahun berhenti merokok minta dunhil besar pulak tu yang kecil tak mahu.


Apabila sampai ke rumah sewa rumah rakan penulis diminta berehat. Apabila penulis masuk ke tandas penulis merasa didatangi oleh suatu mahluk yang sudah melekat pada badan penulis. Penulis ketika itu merasa macam didorong oleh suara yang menyuruh terjun dari tempat tinggi.


Ketika itu penulis cuba hendak solat tetapi tidak ingat lagi ayat yang hendak dibaca dan fikiran melayang hanyut dan lupa diri terutama apabila rakan-rakan meninggal penulis keseorangan.

Thursday, November 20, 2008

Sapaan Jin 43


Penulis masih ingat ketika baru aje terlibat dalam kemalangan semasa berulang alik ke tempat kerja. Syukur penulis hanya cedera sikit sakit di bahagian dada terasa pedih akibat hentakan Pelampung udara kereta. Kemudian Penulis mengalami demam panas hampir seminggu.


Betul kata orang tua kalau badan tak cukup kuat jangan berani mencabar jin. Pada malam tu penulis tidur lewat kerana menonton badminton piala dunia perlawanan wong choon Hann dengan pemain china. Penulis turun ke tingkat bawah rumah sewa untuk mengambil makanan tiba-tiba bunyi hentakan di dapur. Ketika itulah penulis memarahi dan mencabar jin.


Sudah menjadi kebiasaan penulis sebelum tidur mengambil air sembahyang. Ketika di tandas itu penulis disapa oleh suara yang menegur penulis. Rajin... nampak... warakk... Penulis membalas kata-kata kenapa .. tak payah nak ajar.. bagaimana nak jadi warak .. kamu siapa ... aku manusia lebih baik... .


Ketika penulis keluar dari tandas penulis sempat memandang kembali ke tandas tetapi dibalas bunyi hhhmmm..... macam suara tidak puas hati.

Friday, November 14, 2008

Ular Berdesir 42


Di waktu senja atau malam hari orang tua selalu berpesan jangan bercakap pasal ular disaat itu. Penulis masih ingat ketika penulis menginap di sebuah rumah sewa bersama keluarga. Malam itu penulis dan keluarga bercakap pasal ular besar yang memasuki rumah jiran. Besar sungguh ular itu kata isteri penulis.

Malam itu ketika penulis terjaga dari tidur perkara yang sukar berlaku kerana penulis biasanya tidur lena hingga ke subuh. Penulis mendengar sesuatu pergerakan di dapur. Terdengar bunyi desiran seperti ular. Penulis baru teringat kata-kata perbualan pasal ular besar. Walau bagaimana pun penulis tidak mahu menjenguk ke dapur melihat perkara yang berlaku lagipun ia tidak menghadirkan diri di depan penulis. Biarkan aje aksinya!

Pada pengetahuan penulis jin adalah sesuatu makhluk yang suka berbesar diri. Tidak suka mendengar yang lebih baik berbanding diri seperti manusia juga.

Sunday, November 9, 2008

Pelepas 41


Bukan senang nak lepaskan cengkaman jin. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Jika tidak diringi kesabaran, kuat semangat dan doa entah bagaimana kesudahannya. Jika ditanya sekarang pun adakah gangguan jin masih ada, penulis akan menjawab ya! tetapi ke tahap minima dimana penulis tidak dapat melihat secara mata ke mata seperti dulu. Hanya imbasan-imbasan kecil yang penulis anggap seperti langsung tidak melihat lagi jin. Gangguan iblis dan syaitan minta Allah jauhkan.


Semasa penulis mula-mula menulis blog ini bukan main takut lagi jika berlaku kemarahan jin dan keturunannya kerana melibatkan maruah masing-masing. Penulis sendiri terkena juga cakaran di bahagian dada. Tetapi kini gangguan semakin kurang hanya gangguan bunyi aje.


Sejak blog disiarkan penulis semakin gembira kerana gangguan jin semakin kurang. Agaknya jin pun boleh terima blog ini agaknya! Penulis rasa tak takut jin tetapi jin pun tak takut penulis pula itu masalahnya.


Penulis beria benar nak tengok jin seperti dulu-dulu supaya boleh dibuat cerita dalam blog.

Friday, November 7, 2008

satu hari dalam sejarah 40


Penulis benar-benar bersifat pasif apabila diganggu jin. Buat donor aje! Bila jin memekik arggghh... penulis berbuat mendiamkan diri seolah-olah tidak berlaku apa-apa dengan tidak mengendahkan kedatangan jin buat tak nampak aje! walaupun rasa takut terbenak dalam hati. Kita berbuat tak layan tetamu yang tidak diundang.


Apa yang berlaku selepas malam seterusnya amat berkesan taktik itu apabila jin tidak hadir menganggu penulis satu malam dalam sejarah. Penulis berasa sangat gembira. Namun pada malam berikutnya jin masih datang menganggu tetapi terus bersikap pasif.


Ternyata taktik itu berkesan apabila jin menjarakkan jadualnya untuk menganggu penulis 2 malam kepada 3 malam, 4 malam, 5 malam sehingga seminggu sekali sahaja. Nampak benar jin juga mempunyai perasaan terasa macam tetamu tidak diundang dan mengajuk macam manusia.


Penulis tidak boleh mengagak bahawa malam ini jin tidak menganggu kerana terasa benar jin masih berada persekitaran seolah turut mencuri mendengar perbualan penulis dengan keluarga penulis. Bila penulis berkata malam ini jin tidak datang menganggu berdasarkan jarak jadual kebiasaanya tetai berlaku sebaliknya jin turut datang. Maka penulis kini tidak lagi berbual pasal jin seolah-olah kewujudan jin tidak penting lagi dalam kehidupan penulis.

Saturday, November 1, 2008

Bertarik selimut 39


Selepas kejadian malam itu penulis semakin banyak berhadapan gangguan jin terutama di sebelah malam waktu aktif dan galak jin. Kali ini penulis tidak bertindak balas dan pasif. Apabila didatangi jin yang biasa akan memekik aarrrrgghhhh... di sebelah telinga kiri. Penulis akan memusing badan ke kanan. Apabila jin memekik aarrrrggghhhh... di sebelah telinga kanan penulis tidak bergerak hanya mendiamkan diri. Tidak seperti sebelumnya mencabar dan memaki jin.


Apa yang berlaku jin bertindak sebaliknya di luar jangkaan penulis apabila bertindak menarik selimut. Penulis pula bertindak menarik semula selimut. Jin menjadi semakin marah dan berlakulah tarik menarik selimut antara penulis dengan jin.


Lama kelamaan jin dengan sendiri meninggalkan penulis. Begitulah kejadian tarik menarik selimut hampir berlaku setiap malam.

Monday, October 27, 2008

Bungkus selimut 38


Penulis masih ingat ketika malam pertama apabila penulis bertekad untuk membuang segala perkara-perkara khurafat seperti tangkal, doa serampah dan berubat dengan bomoh menurun. Ketika itu penulis berkata nak jadi jadilah. Hanya ku serah diriku kepada Allah S.W.T dan berharap aku boleh bersabar ujian dariNya.


Malam itu penulis tidak lagi dibungkus dengan tangkal dan berharap tidak berlaku apa-apa terhadap penulis. Dengan selingan ayat-ayat al-Quran untuk dibaca sebelum tidur seperti biasa.

Di tengah malam penulis dikejutkan dari tidur dan mendengar pergerakan dari dapur seperti alien. Tiba-tiba aje pergerakan semakin dekat penulis berkata sudah... penulis terus menarik selimut dan membungkus diri.


Penulis dapat merasa sesuatu sudah berada di sebelah kiri penulis. Kali ini jin memekik aarrrrrrgg....... di telinga penulis. Penulis memaling ke sebelah kanan jin itu beralih ke sebelah kanan dengan memekik aarrrrrrggggg...... penulis pun terus bingkas bangun sambil mencabar jin dan menyumpah jin itu tetapi jin itu terus menghilangkan diri.

Tuesday, October 21, 2008

Bapak Jin37


Malam tu penulis masih tidur di bilik dan tengah syok tidur penulis dikejutkan sesuatu. Wah!siapa pulak yang kejutkan aku tengah malam ni. Tapi tak nampak apa-apa pun dalam benak hati berkata kalau dapat jumpa dengan ET korea seronok jugak.


Tiba-tiba penulis dikejutkan dengan bunyi pergerakan di luar rumah. Ketika itu penulis masih berbaring di katil. Pergerakan bunyi itu nyata sekali dan semakin menghampiri tingkap bilik. Bunyi itu amat berbeza sebelumnya seolah-olah ada orang di luar rumah.


Penulis ketika itu kepala penulis berhampiran dengan tingkap dengan tak semena terkejut besar apabila melihat kepala jin menembusi dinding bilik berhampiran tingkap. Penulis terus bangun dari katil memandang kepala jin yang besar sekali hampir sebesar meja makan. Rupanya macam kepala manusia tetapi besar dan menggerunkan. Jin hanya menjenguk kepala sahaja sedangkan bahagian badannya masih di luar rumah.


Penulis hanya diam aje! dan terpaku dan lama kemudian jin itu keluar semula meninggalkan penulis. Walau pun apa yang berlaku penulis masih mahu meneruskan tidur di katil itu walaupun tak boleh tidur pun selepas itu.

Friday, October 17, 2008

Kaset kisah jin 36


Pada suatu hari penulis tidak semena-mena membeli dan mendengar ceramah agama kisah jin oleh ustaz ismail kamus. Antara kata-kata beliau yang menarik perhatian penulis ialah adalah dilarang sama sekali berubat dengan bomoh yang menurunkan(membela jin) walau bagaimana teruknya pesakit itu. Biarlah kita mati tanpa berubat daripada bersubahat dengan bomoh menurun kerana melibatkan perkara akidah. Carilah bomoh-bomoh yang menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai alternatif. Dilarang sama sekali memakai tangkai-tangkai apa lagi mempercayai kekuasaan tangkai menghalang dan menyembuh daripada gangguan jin.

Walau apa alasan kita disebabkan keinginan kita untuk cepat sembuh maka dilarang sama sekali melanggar perintah melarang berubat dengan bomoh menurun dan memakai tangkai. Kata-kata itu cukup mendatang insaf kepada penulis. Penulis bertekad membuang semua sekali tangkai-tangkai yang dimiliki dan doa-doa serampah.

Ketika itu sudah menghampiri lebih 2 tahun penulis berhadapan dengan gangguan jin. Apa yang berlaku kepada penulis apabila sahaja penulis membuang tangkai-tangkai dan penulis menyerah diri penulis hanya kepada Maha Pencipta Yang Berkuasa segala-galanya. Nak jadi-jadilah.

Apa yang berlaku gangguan semakin hebat dan nampak nyata gangguan itu.



Monday, October 13, 2008

Doa Serampah 35


Penulis merasa cukup pening kedatangan ET korea dari mana datangnya ia? Adakah amalan menghafal penulis doa serampah yang diberikan oleh haji. Pada mulanya penulis merasa seronok ketemu ET korea tetapi mulai risau keadaan itu.


Penulis sempat ketemu Haji dan bertanyakan haji apa sudah jadi? Tujuan menghafal doa serampah untuk menjauhkan gangguan sekarang lain pulak yang jadinya. Haji sempat berkata jangan risau gangguan sementara aje! dan tidak perlu khuatir kerana itu tanda ucapan selamat tinggal oleh jin.


Penulis mula khuatir dan bertekad untuk meninggalkan amalan menghafal doa serampah yang diberikan oleh haji walaupun dilarang oleh haji. Kemudian penulis tidak lagi menghafal doa serampah itu lagi.


Apa yang berlaku apabila penulis berhadapan lebih banyak dugaan gangguan selepas itu.

Wednesday, October 8, 2008

ET korea 34




Agak lama penulis tidak memulakan cerita disebabkan raya banyak perjalanan selain cuba menyelesaikan kes berkaitan dengan keluarga boleh dikatakan serius dan diutamakan sehingga penulis tidak mempunyai tidur yang cukup malah masa makan terganggu. Namun penulis tidak mahu menulis kes itu kerana lebih menumpukan blog penulis berkaitan dengan jin.

Penulis menyambung semula paparan lepas berkaitan selepas 7 hari 7 malam. Pada suatu malam penulis telah kembali tidur di bilik asal penulis. Tengah syok tidur tiba-tiba penulis merasakan sesuatu pergerakan di atas dada penulis.

Apabila penulis membuka mata terkejut benar apabila melihat satu makhluk berada di atas dada penulis. Mata penulis bertentangan dengan mata jin itu. Matanya sepet tetapi luas seperti orang korea. Kulitnya kekuningan yang terang. Jarinya halus dan macam jeli mainan kanak-kanak dan hampir tidak mempunyai tulang jari.
Saiznya macam budak umur 3 tahun. Penulis ketika itu terpaku berbaring dan jin itu juga terkejut tetapi tidak bergerak langsung. Penulis ketika itu langsung tidak merasa takut dengan jin itu malah merasa terpesona dengan jin itu yang penulis anggap amat cantik dan cute. Tidak sangka terdapat juga makhluk jin yang cantik berbeda benar dengan jin makhluk berbulu yang berwajah amat menakutkan teruk benar rupanya.
Agaknya jin betina kut! kemudian jin itu melompat ke atas siling dengan menukar warna kuning kepada hijau seperti lompatan monyet. Dengan 2 kali lompatan sudah cukup menghilangkan diri dari bilik penulis.
Penulis hampir tidak tidur malam itu tetapi tidak pula takut dan terus berada dalam bilik itu. Dalam hati penulis kalau malam-malam jin macam itu datang dekat penulis tak apa asalkan jangan selongkar kain penulis sudah!. Rupa ET makhluk asing UFO itu hampir menyamai gambaran makhluk jin yang penulis tonton. Sebab itu penulis menamakan ET korea.

Bagi penulis samada cantik atau buruk itu bukan menggambarkan peribadi sebenar makhluk itu.

Monday, September 29, 2008

Menghampiri Raya33


Biasanya 3-4 hari sebelum nak raya mok saudara penulis dari Ipoh akan datang beraya di rumah Mok penulis. Sungguh meriah dapat berkumpul saudara mara bersama merayakan aidil fitri.


Biasanya penulis akan mengosongkan bilik untuk mok saudara dan keluarga menginap. Mok saudara turut mengetahui kisah penulis tetapi memberanikan diri untuk tidur di rumah. Sambil menanyakan okay ke! tidur di bilik penulis. Penulis menjawab beginilah kalau berlaku apa-apa panggil aje! penulis yang akan tidur di ruang dapur.


Pada malam itu tiba-tiba mok saudara memanggil penulis yie.. yie..yie. Penulis terjaga dari tidur terus menerkam ke biliknya sambil bertanya apa yang berlaku. Katanya datang perempuan hodoh mengganggu tidurnya. Penulis cuma menjawab ya ke! tak apa kalau berlaku lagi panggil penulis lagi.

Tidak lama kemudian Mok saudara memanggil lagi penulis dengan memberitahu perkara yang sama. Maka penulis mengarah mok saudara membuka lampu bilik di pasang. Mungkin kali jin tidak lagi berani menganggu kita. Tetapi sangkaan penulis meleset Mok saudara penulis jin tetap datang menganggu lagi.


Wah! sudah melampau pasang lampu pun mahu ganggu lagi ke! Memang betul-betul samseng jin ini memang tak takut langsung manusia. Tidak lama kemudian tidak lagi kedengaran suara Mok saudara memanggil lagi baru boleh tidur lena. Setahu penulis tidak pernah lagi melihat perempuan hodoh seperti didakwa oleh Mok saudara penulis.


Kebesokkan harinya Mok saudara menceritakan perkara yang berlaku dan menyatakan tidak mahu lagi tidur di rumah penulis kerana takutkan gangguan jin. Selepas Mok saudara dan keluarga kecuali anak lelakinya telah bermalam di rumah saudaranya yang lain.
Di sini penulis mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin kepada semua pembaca.

Saturday, September 27, 2008

Anak angkat jin32


Setelah cukup tempoh 7 hari 7 malam menginap di rumah penulis, haji meminta kebenaran untuk pulang. Sepanjang haji bersama dengan penulis gangguan jin berlaku ke atas penulis hanya berlaku 1-2 kali sahaja. Boleh dikatakan penulis agak selesa untuk tidur. Haji selalu berpesan agar berbanyak bersabar dan menjaga solat.


Terdapat satu keistimewaan pada diri haji ialah begitu bersopan satun dan tidak suka berbazir. Pernah penulis membeli nasi kunyit dan memberikan kepada haji pada malam itu. Kemudian kebesokan harinya penulis mendapati nasi kunyit masih tidak disentuh lagi. Apabila penulis bertanya mengapa haji tidak memakan nasi kunyit katanya ketika itu haji perut masih belum lapar. Katanya makan apabila terasa lapar dan berhenti sebelum terasa kenyang.


Penulis kemudian ingin mengambil dan membuang nasi kunyit yang bercampur kuah tetapi dihalang oleh haji katanya masih elok lagi walaupun pada tanggapan nasi kunyit itu telah basi. Katanya perut sudah lali dengan makanan semalaman.


Sebelum haji pulang haji meminta kebenaran kepada penulis untuk mengambil seekor anak jin. Penulis begitu terperanjat dan hampir nak tergelak biar betul orang tua ni! Penulis berkata mengapa minta izin dengan penulis minta izin dengan bapa jin dan kata penulis kalau ambil semua jin lagi bagus tidaklah menyusahkan penulis.


Haji memandang tepat ke arah pagar dan menuju ke arah itu dan kemudian kelihatan seolah-olah memegang sesuatu dan membungkusnya dengan kain pelikat. Katanya beliau begitu tertarik dengan kecantikan anak jin katanya cute! sambil menyatakan dekat rumah penulis banyak yang cantik-cantik. Ya ke! setahu penulis jin yang penulis nampak adalah jenis siapa pun tak ingin tonton. hentamlah labu.. macam sedikit tak percaya timbul dengan kata dan perbuatan

haji.


Akhirnya haji pulang meninggalkan penulis dengan tanda tanya mengapa haji tidak menghalau semua jin dan ini bermakna masih terdapat jin di rumah. Wah! sudah penulis mula merasa takut macamana waktu malam nanti adakah jin akan terus menganggu penulis. Perasaan itu terus menganggu di dalam benak fikiran penulis sedangkan haji yang nampak ceria mendapat anak angkat jin baru. Wallah waalam.

Wednesday, September 24, 2008

Lamaran jin31


Pada suatu petang haji memberikan bacaan berintonasi bahasa jawa kepada penulis untuk dibaca katanya untuk bacaan untuk jadi bomoh. Penulis agak ragu-ragu kenapa pulak untuk jadi bomoh jadi orang biasa pun tak tahan diganggu jin. Namun tetap membaca dan menghafal bacaan itu dengan niat untuk menghalau gangguan jin.

Selain itu haji juga memberikan azimat hitam untuk dipakai di pinggang ke mana sahaja kecuali masuk ke tandas. Nampak gayanya penuh badan penulis memiliki azimat berbagai jenis untuk menghalau jin.


Pada hari ke 6 haji memberitahu kami sekeluarga bahawa setelah bercakap dengan ketua jin bahawa terdapat 2 anak perempuan yang tertarik dengan penulis. Mereka ingin sekali berkahwin dengan penulis tetapi nampaknya penulis tidak menunjukkan respon yang baik apabila mereka cuba mendekati penulis. Mereka begitu amat sayang sekali dengan penulis dan jika boleh ingin sentiasa bersama dengan penulis.


Wahhhh..... begitukah cakap mereka respon penulis. Ada juga jin yang berminat dengan penulis tetapi sayang jawapannya ialah penulis tiada selera nak berkawan dengan anak jin apalagi nak berkahwin. Penulis juga mempunyai maruah nilai kemanusiaan dalam jiwa penulis walaupun ditawar dengan kemewahan. Lupakan sahaja niat mereka itu lebih baik cari sesama bangsa lebih afdal.

Samada benar kata-kata haji hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Untuk episod seterusnya

penulis akan membincang tentang beberapa pertunangan yang gagal, melibatkan penulis.Kalau tak silap 5 kali. Adakah jin terlibat atau tidak kita akan lihat kemunculan episod tersebut. Insya Allah.

Monday, September 22, 2008

Tidur buas30


Malam tu, selepas berbual panjang bersama haji penulis masuk tidur tetapi yang peliknya haji tidak tidur tetapi banyak mundar-mandir sekejap di luar sekejap asuk ke rumah.


Pagi besoknya haji banyak menghabiskan masa dengan tidur. Kami sempat bertanya sesuatu dengan haji semasa waktu petang itu apa yang haji nampak sesuatu pada rumah itu. Haji pada mulanya agak keberatan untuk menceritakannya tetapi selepas hari yang kedua barulah haji menceritanya. Katanya rumah penulis didiami lebih 70 ekor jin dan mempunyai keluarga yang besar.


Katanya jin yang selalu kacau penulis adalah anak-anak jin yang nakal. Namun pada pendapat penulis jin yang kacau penulis itu adalah tua benar rupanya bukan kanak-kanak. Pada malam yang ke 3-5 haji tetap tidur malam gelisah dibuatnya. Pada awal pagi sebelum subuh penulis dapati haji sedang tidur bersebelahan tidak jauh dari tempat tidur penulis di ruang tamu. Apa yang melucukan kain haji selalu terangkat hingga malu juga penulis nak menutupnya. teruk benar tidurnya buasnya macam budak kecil sehingga penulis berkata ini mungkin angkara anak jin yang nakal. Kejadian tersebut bukan sekali dua tetapi hampir setiap malam berlaku pada haji.

Friday, September 19, 2008

7 hari 7 malam29




Adikku tiba-tiba memberitahu seorang haji berketurunan indonesia akan datang ke rumah. Beliau adalah pekerja kontrak kepada adikku di sebuah syarikat kontraktor. Haji dikenali apabila peristiwa di kedai foto di mana kegagalan taukeh nak mengambil gambar fotonya. Dicubanya 2-3 kali nak mengambil gambil foto telah gagal. Kemudian barulah haji menyampuk dengan berkata sebentar ya! kemudian haji menanggalkan tali pinggang bengkung di pinggangnya barulah gambar fotonya dapat diambil.

Petang itu haji dijemput datang ke rumah, Orangnya kurus aje! berusia 50 an memakai kopiah putih. Kalau di fikirkan penulis cukup menghormati haji kerana tekun menunaikan perintah puasa walaupun bekerja di kawasan pembinaan bangunan. Jika dibandingkan pekerja-pekerja tempatan kebanyakan tidak dapat bertahan berpuasa terutamanya jika hari panas terik. Tidak sampai pukul 10 pagi sudah menyerah kalah walaupun dah bangun sahur.
Setelah melihat persekitaran rumah haji setuju untuk tinggal di rumah penulis selama 7 hari 7 malam. wah! lama benar tetapi itulah syarat pak haji untuk tinggal di rumah penulis. Penulis sudah dapat membayangkan akan berlaku pertembungan hebat antara jin dengan haji. Haji tidak menunjukkan reaksi apa-apa hanya tenang aje!.

Sambil berbual haji menceritakan sejak kecil lagi selepas sekolah beliau sudah menjejak mencari jin. Baginya jin tiada apa-apa yang hendak diherankan dan ditakuti seperti dialami oleh kebanyakan orang.




Wednesday, September 17, 2008

tawaf rumah28


Keberkesanan cincin gunung berapi terhadap jin menjadi tanda tanya! Apa yang pastinya jin menjadi marah dan meninggalkan penulis tetapi yang tak seronoknya penulis menjadi letih dan tak cukup tidur kerana terpaksa melayan kerenah jin yang berulang alik datang menganggu penulis. Setiap kali di tunjuknya cincin jin akan lari meninggalkan penulis tetapi datang semula kepada penulis macam mengacah budak kecil bermain.

Selepas seminggu kemudian pemilik datang berjumpa dengan adik penulis meminta semula cincinnya. Pemilik cincin gunung berani menceritakan kejadian kedatangan segombolan jin ke rumahnya. Jin-jin datang beramai-ramai berkumpul dan menggelilingi rumahnya macam tawaf. Katanya macam nak roboh rumah dikerjakan jin-jin itu.

Pemiliknya turut diganggu begitu teruk sekali katanya. Beliau menjanjikan cincin lain untuk menggantikan cincin tersebut. Namun sekian lama menunggu kehadiran pendinding lain penulis terpaksa berhadapan dengan jin tanpa azimat lagi.

Monday, September 15, 2008

cincin gunung berapi27







Seorang kawan kepada adik telah menawarkan pertolongan untuk membantu apabila mengetahui kisah kami sekeluarga. Pada malam selepas kami telah diminta datang ke rumahnya yang tidak berjauhan dari rumah kami kira-kira 3 km sahaja.

Apabila kami melangkah masuk ke rumahnya kami dapati begitu banyak barang-barang lama seperti keris, batu-batu dan cincin. Bila ditanya mengapa menyimpan begitu banyak barang-barang. Beliau menyatakan barang itu bukan sahaja perhiasan tetapi diperolehi dari tok -tok bomoh dari indonesia. Barang tersebut banyak tergantung di ruang tamu. Katanya jin-jin akan takut menganggu bila kita memakainya.

Beliau perawakannya seorang yang berjanggut dan memakai kopiah putih. Beliau banyak menghabis masa menuntut ilmu bomoh ketika belajar di indonesia. Setelah habis bersembang beliau menunjukkan beberapa cincin. Kemudian beliau menawarkan cincin hitam yang diperbuat dari gunung berapi. Katanya jin akan takut berhadapan dengan si pemakainya. Namun begitu beliau tidak menjualnya tetapi hanya untuk pinjaman sahaja.


Penulis hanya dibenarkan memakai apabila si jin datang menganggu sahaja. Pada malam itu penulis memegang erat bersama cincin. Pada sebelah malam kira-kira pukul 1.30 pagi si jin datang seperti biasa mengganggu penulis. Penulis apabila mengetahui kedatangan si jin telah memakai cincin itu dan apa yang berlaku si jin benar-benar takut dan kedengaran jelas suara jin mengeram kemarahan dan takut meninggal penulis.


Namun apa yang berlaku si jin berulang kali datang menghampiri ,penulis akan menunjukkan cincin tersebut dan jin akan meninggalkan penulis dengan tanda kemarahan. Penulis merasa lenguh tangan kerap acapkali menunjukkan cincin kepada si jin.

Penulis walau bagaimana pun tidak nyenyak tidur kerana sibuk melayan kedatangan si jin yang nampak marah dan tidak berpuas hati.

Saturday, September 13, 2008

Bau hamis26



Biasanya orang akan mengaitkan bau yang harum dengan kedatangan jin terutamanya di tengah malam. Namun bagi pengalaman penulis mengatakan sebaliknya.


Teringat pada malam itu selepas maghrib penulis berada di ruang tamu sambil menonton tv. Ketika duduk di atas kerusi di meja makan. Ketika tiada siapa di rumah kecuali penulis. Tiba-tiba bunyi ketukan di belakang tv sepeti biasa. Dalam pemikiran penulis sudah.. dia datang lagi..

Kini penulis merasakan dia semakin hampir dengan penulis. Bunyi pula kedengaran di atas meja makan pula seolah-olah berjalan di atas meja.


Si jin semakin hampir dengan penulis, bulu-bulu roma menegak dan terasa rimas sekali. Penulis kini terasa mendengar hembusan nafas si jin seperti nafas tercungap-cungap dengan kuat. Namun penulis mencium bau hamis macam bau kambing.


Penulis pun berkata dengan kuat busuknya kamu ni! Tiba-tiba seolah-olah merajuk dan terasa meninggalkan penulis dengan ketukan bunyi yang kuat.

Pada pendapat mana mungkin si jin berbau wangi kalau makan benda-benda kotor seperti darah dan banyak menghabiskan hidupnya di tempat-tempat kotor seperti di tandas. Kecuali menjaga makan minum dan tinggal dengan menjaga kebersihan. InsyaAllah berbau wangi.

Tok Wali25






Disebabkan oleh penulis baru aje kemalangan dengan treler maka mok penulis syorkan mandikan kereta. Agar kita lebih berhati-hati di jalan raya dan minta Allah sentiasa melindungi kita sepanjang perjalanan.


Untuk itu kami pergi berjumpa tok wali iaitu orang yang menghabiskan usia semata-mata beribadat kepada Allah. Dahulunya ialah orang awam aje tetapi kemudian banyak melibatkan dengan dakwah sehingga kehidupannya banyak masa di surau. Orang yang sentiasa memuji Allah tak lekang di bibirnya.


Mok penulis berjumpa dengan tok wali dan memberitahu hajat sebenar iaitu memandi kereta termasuk pemilik sekali iaitu penulis. Biasanya tok wali akan bangun malam solat sunat hajat dan meniupkan bacaan ayat-ayat Al-Quran pada air.


Kebesokannya adik ipar pergi berjumpa tok wali untuk mengambil air solat hajat. Tetapi apa yang berlaku tok wali menceritakan peristiwa yang berlaku ke atas beliau dan keluarga. Bagaimana kedatangan jin datang menganggu anaknya. Dimaklumkan jin itu memberi amaran 'jangan kacau penulis'.


Tok wali menasihati agar penulis berubat dengan bomoh yang benar-benar arif Al-Quran bukan bomoh yang memelihara jin.

Thursday, September 11, 2008

Lebuhraya jin24



Selang beberapa hari ayah penulis ke rumah bomoh kerajaan untuk menjemput semula ke rumah. Kali ini tok bomoh datang bersama isterinya. Tok bomoh membaca ayat-ayat lazim dan menghembuskan pada air untuk diminum dan mandi.

Tok bomoh menyatakan hairan bagaimana jin datang balik padahal sudah dihalau tempoh hari. Mengikut pengalamannya inilah kali pertama orang memanggil semula untuk pengubatan kali kedua. Biasanya sudah cukup hanya sekali.

Akhirnya tok bomoh menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku selepas pengubatan malam pertama. Katanya jin datang ke rumah dan mengganggu mereka sekeluarga. Perkara ini disahkan sendiri oleh isterinya. Isterinya tidak dapat bergerak dan tok bomoh tak dapat menolongnya dan hanya menyaksikan sahaja keadaan itu. Kata isterinya baru hari ini ia merasa sihat dan menyatakan syukur kepada Allah. Oleh sebab itu ia hendak datang menemani suaminya sambil menyaksikan rumah ini.

Menurut tok bomoh, rumah ini terlalu ramai jin termasuk yang baru kerana laluan jin sambil menunjukkan arahnya umpama lebuhraya. Rumah ini termasuk laluannya. Sebab itu apabila kita menghalau jin maka jin baru akan muncul.

Bagi penulis apa jua ulasan tok bomoh, malam itu jin masih datang dan penulis amat arif pergerakannya seperti biasa.

Tuesday, September 9, 2008

Bomoh Kerajaan23




Adik ipar penulis bila disuruh isterinya membuat susu untuk anaknya sudah pasti akan menolak kerana tidak berani bangun di tengah malam. Apalagi sudah mendengar bunyi-bunyi pelik di dapur. Alamak 2-3 orang masuk ke dapur dengan membuat bising tetapi bunyi tetap kedengaran.


Seorang bomoh dipanggil belum pencen lagi bekerja di jabatan kerajaan. Selepas solat Isyak beliau datang ke rumah bersama seorang lagi kawannya untuk dibuat teman. Semasa itu di rumah penuh dengan saudara- mara penulis untuk menyaksikan bagaimana bomoh akan berdepan dengan jin. Setelah berbual panjang, bomoh memulakan bacaan dan ayat-ayat lazim digunakan. Selepas itu di arahkan membuka pintu-pintu rumah. Kemudian bomoh menyatakan jin akan hadir sebentar lagi.


Kami menunggu dengan sabar dan diam, tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan yang kuat sekali pada mesin basuh. Kami begitu terperanjat sekali dan hairan bahawa jin tidak takut sama sekali dengan kami walaupun kami begitu ramai.


Beberapa minit kemudian bomoh menabur garam dan lada hitam di seluruh ruang rumah. Begitu juga di luar rumah. Sebelum balik bomoh yakin dengan izin Allah makhluk akan keluar dari rumah.


Pada malam itu penulis merasa selesa dan akan tidur nyenyak tanpa gangguan lagi. Namun menjelang tengah malam sangkaan meleset si jin tetap datang menganggu.





Monday, September 8, 2008

Tuntut di akhirat22



Aku sendiri pun tak tahu kenapa jin begitu beria sangat nak menganggu aku. Adakah aku melakukan sesuatu yang menjadi kemarahan jin. Mungkin kerana aku memanggil bomoh langsung menganggu ketenteraman mereka. Lainlah kalau aku membunuh anak jin atau merogol anak jin.

Mereka hanya memikirkan ketenteraman mereka tetapi tolong sedar siapa yang memulakan gangguan. Siapa yang menyebabkan kekalutan aku dan keluarga aku. Di akhirat nanti aku akan tuntut kembali pada mereka yang sengaja menganggu, ketenteraman tidur aku, badjet kewangan yang terpaksa yang dibelanjakan.

Perkara yang paling penting gangguan yang hampir-hampir menjauhkan aku dengan Tuhan. Dengan maksud mencampur adukkan perkara-perkara yang membawa kepada syirik kepada Allah. Dengan pemakaian azimat,penyembelihan ayam kerana jin , menyediakan makanan dan mengasapkan azimat dan pisau.
Terutamanya jin islam yang bersubahat biar kurus pahala yang tinggal. Macam tak ada kerja lain duduk atas bumi nak kacau orang aje.

Saturday, September 6, 2008

Aliens21




Sejak berubat dengan tok bomoh pantai tidak banyak perubahan diterima gangguan masih berlaku. Malah kali keadaan menjadi semakin parah. Igauan terhadap makhluk berbulu sukar dilupakan. Nak tidur di dalam bilik pun tak berani maka ruang tamu menjadi sasaranku.
Pada suatu malam aku dikejutkan bunyi pergerakan di dapur. Pergerakan sudah menjadi biasa bagi penulis. Tetapi kali ini Makhuk itu semakin datang menghampiri ku. Aku cepat-cepat menarik selimut.
Tiba-tiba kerusi di ruang makan ditolaknya dan dengan jelas pergerakan lompatan ke atas meja. Namun aku tidak masih tidak melihat apa-apa lagi. Aku ketika itu begitu amat takut sekali. Badan sudah berpeluh, jantung ku berdenyut-denyut dengan gerak pantas. Takutnya aku ketika itu Tuhan aje! yang tahu. Apa yang berlaku di dalam saat-saat suspens watak pelakon utama filem seram aliens telah berlaku kepada penulis.
Penulis menarik selimut hingga ke kepala kerana tak sanggup lagi melihat situasi yang sedang berlaku. Surah Yassin sudah diletak di bawah bantai, mulutku berkumat-kumit membaca doa dan ayat-ayat Al- Quran untuk dijauhi gangguan.
Tiba-tiba aku merasa sesuatu pergerakan disebelah badan ku. Ianya semakin hampir hingga semakin dekat di bahagian kepala di sebelah telinga kiri. Akhirnya keluar suara Wahhhhhhhhhh.....
Aku pun apa lagi terus menjerit kuat sehingga keluarga ku bangkit bangun dan bertanya apa yang berlaku. Apa yang berlaku pada malam itu menjadi rentetan peristiwa terus menerus gangguan jin berlaku kepada aku hampir setiap malam. Apa yang berlaku macam cerita aliens dan predator.

Mungkin ada pembaca sangsi cerita tadi tetapi penulis tetap berpendirian benar hanya Allah yang mengetahuinya. Untuk apa cerita ini ditulis untuk sekadar main-main atau pengajaran yang boleh dikongsi bersama.

Friday, September 5, 2008

bomoh pantai20




Aku dan keluarga berangkat ke perkampungan berdekatan pantai pada waktu malam selepas isyak. Seperti bomoh yang lain penggunaan limau nipis menjadi taruhan utama. Biasanya dibawa oleh pesakit. Dengan senjata keris lama membelah limau dan dicampak ke bekas air. Dari situ bomoh menyia-yiakan ada gangguan jin. Tapi ini macam kelompok besar tetapi dengan keyakinan InsyaAllah boleh sembuh.
Penulis diminta duduk melunjur kaki bersama-sama adik perempuan dan mok sambil diminta membaca ayat-ayat suci Al-Quran sendirian. Tok bomoh dengan kumat-kamit membaca doanya. Tetapi lama-kelamaan kelakuannya berubah menjadi ganas dengan bersilat dan tangan memukul. Bomoh bersilat begitu lama sehingga berguling-guling di atas lantai. Muka tok bomoh sampai tenyek ke lantai macam bergomok dengan sesuatu. Keluargaku tak tahan sampai nak tergelak melihat kelakuan tok bomoh macam budak kecil bermain.
Akhir kami pulang dengan mandian buah limau kegunaan selama 3 hari.
Pada hari ke 2 kami datang semula ke rumah tok bomoh tetapi tok bomoh nampak benar tidak begitu ceria. Akhirnya menceritakan serangan jin ke atasnya selepas malam pengubatan. Dengan menunjukkan jari dan kakinya yang bengkak katanya digigitnya oleh jin semasa pengelutan.
Selepas 3 hari mandi limau gangguan masih berterusan maka apa yang boleh disimpulkan doa masih belum dimakbulkan.
Dalam tempoh 2 bulan kemudian penulis bertemu dengan tok bomoh itu di sebuah kenduri. Tok bomoh menyatakan ianya sendiri hairan biasanya jin tidak bertindak balas dengannya. Usaha lagi........ katanya.

Thursday, September 4, 2008

Damping19


Sejak peristiwa bertemu dengan makhluk berbulu tempoh hari penulis sukar untuk melupakanya. Wajahnya sentiasa terbayang walaupun pergi kemana. Bila tiba pada waktu malam itulah saat yang paling menakutkan. Makhluk tersebut bila sudah ketahui wajahnya sebenar maka mengamuklah dia macam orang ketahui rahsianya sudah diketahui. Ianya tak sengan-segan lagi untuk mengacau seteruk-teruknya.

Hampir setiap penjuru rumah diketuknya tidak mengira malam mahupun siang. Hampir setiap pergerakan penulis diikuti dan dijejak. Kata orang kita ketahui benar samada kita diikuti atau tidak. Antaranya ialah tanda-tanda bunyi ketukan, Tanda cakaran di badan, kalau mandi tandas terutamanya seolah-olah diperhatikan. Semakin kita marah dan memaki hamunnya semakin menjadi-jadi seolah-olah tiada tanda langsung takut dan hormat kepada manusia.

Kadang-kala keluar rumah, di dalam kereta pun tidak terkecuali.

Tuesday, September 2, 2008

makhluk berbulu18



Malam tu kira-kira jam 11.30 malam aku rasa kepenatan dan masuk tidur di bilik. Bilik itu bersebelahan dengan tandas. Ketika syok tidur terasa sesuatu menyentuh kepala. Aku pun terkejut dan melihat imbasan makhluk hitam keluar dari bilik. Aku agak terkejut tetapi oleh kerana sudah biasa buat tak tahu aje!. Masa tu baru pukul 12.30 malam jam tangan di sebelahku. Wah! mengacau betul! jawabku rasa tak puas langsung nak tidur.


Aku kembali semula nak sambung nak tidur tetapi mata pula sukar nak lelap. Lama kelamaan aku hampir terlelap maka ketika itu tiba-tiba tangan sebelah kiri bergerak sendiri tanpa kawalanku. Jari-jemari bergerak menyentuh dan menyapu mukaku, terus merayap ke mata, ke telinga, ke lubang hidung dan akhirnya ke bibir. Aku biarkan aje apa yang sedang berlaku kemudian aku membuka mulut, jari-jemari terus ku gigit sambil dibacakan ayatul Kursi. Tak sempat habiskan ayat Kursi tiba-tiba terdengar suara bertempik ghhhhhhhhrrrrr........ dengan begitu kuat sekali.


Aku amat terperanjat mendengar suara itu dan langsung aku melihat satu makhluk yang berbulu di sebelah kiri ku di atas katil.


1. Saiznya seperti kanak-kanak berusia5-6 tahun.


2. Berbadan kemas(sihat) dan berdiri tegak seperti manusia dengan badan berbulu seluruh badan.


3. Mata besar dan merah.


4. Muka seperti beruk bercampur muka anjing amat menakutkan.


5. Mempunyai taring seperti beruk.


Aku begitu kaget sekali tercegat bangun melihat makhluk yang tak pernah ku lihat yang begitu mengerunkan sama sekali. Pandangan mata ku tepat ke arah matanya akhirnya aku mengalah dan terus keluar dari bilik. Siapa yang sanggup tengok muka macam tu! kalau cantik tak apa juga. Makhluk berbulu mengejar dari belakang dengan suaranya yang garau tetapi terus menghilangkan diri. Kebetulan malam itu Mok aku tidur di ruang tamu bangun terperanjat dan bertempik dan bertanya apa-apa-apa tu! tu!




Monday, September 1, 2008

pasar malam17




Selamat berpuasa semoga Allah merahmati kita semua. Penulis meneruskan kisah sempena bulan ramadan. Hampir setiap malam penulis terbangun dan terkejut kerana mendengar suara riuh di luar rumah. Suasana macam di pasar malam. Apabila aku bangun memerhatikan samada dari dalam atau di luar rumah tidak nampak sesuatu orang berkumpul di depan rumah. Kadang-kala cukup menghairankan suara siapa malam-malam ni. Kenapa aku mendengar suara-suara itu yang cukup mengangguku ketika tidur.
Pernah jiran sekampung bertanya kepada mok kamu buat makan ke! pasal nampak banyak orang dan kenderaan di luar rumah di tengah malam. Mok cakap takda lah!

Friday, August 29, 2008

Makhluk Hitam16


Pernah kawan adik perempuan penulis menceritakan semula kejadian pada petang dia ingin mengunjungi ke rumah keesokkan harinya. Namun apa yang berlaku pada sebelah malam dia bermimpi datang satu makhluk hitam memberi amaran jangan kunjungi adik perempuan penulis. Sebab itulah dia dan suaminya tidak jadi untuk mengunjunginya walaupun kawan baik. Adik perempuan mengagak dia sudah sombong dan tidak mahu berkawan dengannya lagi.

Apa yang berlaku terhadap adik perempuanku ialah begitu amat takut sekali. Hendak ke tandas pun mesti ditemankan oleh suaminya. Suaminya kadang kala terpaksa berjaga dalam tandas sekali kerana takutkan makhluk hitam yang akan muncul dari dinding bilik.

Sebelum kedatangan makhluk hitam itu, ia akan memberi tanda-tanda dengan bunyi ketukan pada tingkap. Sering kali adikku nampak seolah-olah ada orang mengintai melalui tingkap.

Semakin kita memaki-hamun semakin galak lagi dia mengetuk tingkap. Kadang-kala tak tidur kita dibuatnya. Lama-kelamaan kita buat donor(tak hirau) aje. Walaupun semakin diganggu oleh makhluk itu tetapi lama-kelamaan adikku boleh berjalan semula dan pulih tanpa rasa sakit pada pinggang secara tidak disedari. Syukur kepada Allah. Semua yang berlaku di bawah pengetahuanNya.

Thursday, August 28, 2008

Mesin Pengimbas15


Selepas bersalin adik perempuanku boleh bergerak agak cergas tetapi selepas itu tiba-tiba aje mengalami sakit pinggang yang kronik. Malah nak memusing badan terasa sakit walaupun naluri untuk bangun adalah kuat tetapi apabila saat nak bangun tiada upaya. Nak pergi ke tandas pun tiada upaya, perlukan orang lain untuk memimpin.

Tukang urut lain sudah dipanggil, tiada tanda-tanda bengkak pada pinggang. Bomoh kampung turut dipanggil dan apa yang diperkatakannya ada gangguan. Duri-duri pokok diletakkan di sekeliling tilam dan katil untuk "pagar".

Sudah lebih sebulan terdampar dikatil tanpa boleh berjalan. Sungguh pelik,macammana eh!

Akhirnya adik perempuanku dihantar untuk pemeriksaan di pusat perubatan kilinik swasta specialist tempat di mana kelahiran berlaku.

Ia diperiksa oleh doktor yang sama kemudian diimbas dengan mesin pengimbas.Doktor menyatakan jarang benar kes orang yang melahirkan secara normal menghadapi masalah tidak dapat berjalan kecuali sudah mempunyai rekod masalah bahagian pinggang. Setiap kali badan diimbas suis button akan padam(off). Apabila pesakit lain diimbas tiada masalah dan tiada kerosakan berlaku. Akhirnya percubaan terakhir tetap gagal. Doktor menasihatkan berubat secara tradisional kerana yakin ada unsur-unsur gangguan di luar bidangnya.

Wednesday, August 27, 2008

tukang urut14


Syukur kerana adik perempuanku melahirkan anak, Semakin bertambah anak saudara. Biasanya kita memanggil makcik tukang urut atau pembantu untuk menjaga dan menguruskan penjagaan orang baru bersalin. Agar nampak sentiasa berseri dan sihat. Terutama urusan mendemoh dan mengurut serta memandikan bayi. Kontrak biasanya 3-5 hari.

Namun makcik tukang urut menceritakan tentang makhluk hitam yang besar hadir di depannya ketika beliau berada di luar rumah hendak membasuh kaki untuk masuk ke dalam rumah . Ketika itu masuk waktu maghrib. Sejak peristiwa itu makcik itu menolak pelawaan kami untuk datang ke rumah dengan pelbagai alasan walaupun kami datang ke rumah menjemputnya. Padahal kami sekeluarga amat arif dengan beliau sejak kecil lagi pernah tinggal sekampung.

Tuesday, August 26, 2008

Tunjuk belang13


Apa pun yang berlaku saya tetap berterima kasih kepada bomoh kerana sanggup mengambil risiko berhadapan dengan jin walaupun misinya gagal. Terasa kasihan kepada bomoh dengan apa yang terjadi. Biasanya orang pertama tetap dikenang. Sebab itu bukan senang nak usir jin silap hari bulan dia yang teruk dilanyak jin. Tak berbaloi setakat RM40-50 aje tetapi terpaksa ambil cuti rehat seminggu hilang pendapatan.

Sejak peristiwa itu jin telah menunjuk belang siapa mereka. Hampir setiap malam mereka datang dengan mengetuk tingkap dan pintu. Seolah-olah mereka sekarang berkuasa. Perkakas elektrik terutamanya menjadi sasaran mereka walaupun ditutup suis seperti peti sejuk dan tv.

Walaupun mereka belum menampakkan diri, sentuhan-sentuhan mereka sudah cukup menakutkan kami sekeluarga. Di siang hari tidak terkecuali. Cukup menakutkan untuk tinggal seorang diri di rumah itu walaupun waktu siang.

Di malam hari amat menakutkan kalau tidur di dalam bilik berseorangan.

Monday, August 25, 2008

Tangkal Hitam12


Pada pagi tu, adik ipar pergi rumah tok bomoh nak ambil tangkal seperti dipesan oleh tok bomoh. Tok bomoh bercerita kisah semalam jin kat rumah datang menyerang balas dan teruk bergomol dengan bomoh. Tok bomoh menyatakan beliau merasa amat letih kerana serangan balas ltu dan jin panjang dan jin pendek miliknya gagal dalam misinya. Oleh kerana itu tok bomoh mengenakan bayaran yang tinggi dengan tambahan RM200.00 lagi. Jika tidak tok bomoh tidak mahu bertanggung jawab dan melepas tangan. Tok bomoh memberi amaran jika jin menyerang penulis beliau tidak mahu datang menolong lagi. Katanya duit itu digunakan untuk membuat persembahan dengan menghidang nasi kunyit dan telur kepada jin. Tok bomoh cuba memujuk jin dan mengadakan perjanjian damai. Sukar juga tak nak percaya padahal tok bomoh adalah kenalan mok masa kecil.

Penulis seperti disuruh oleh ahli keluarga memakai tangkal penghalau jin di bahagian pinggang dn dilarang memakainya jika memasuki tandas. Tangkal itu berbentuk segi empat dibalut kain hitam.

Sejak peristiwa malam pertarungan jin itu bermula kisah penulis berhadapan gangguan jin tidak kira malam mahupun siang.

1. Adakah perlu kita memakai tangkal penghalau jin? Jika Ianya berlaku terhadap pembaca sendiri. Itulah perkara yang penulis sehingga sekarang tidak dapat lupakan dan penyesalan yang sungguh. Semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa penulis kerana mencampur adukkan perkara akidah.

Sunday, August 24, 2008

malam pertarungan11



Pada malamnya aku tidur di ruang tamu pada jam 11.30p.m. Semasa nak tidur teringat kata-kata bomoh pasal jinnya. Wow ada juga manusia pelihara jin nak buat apa! bagaimana nak kasi makan? Tengah syok tidur tiba-tiba aku dikejutkan bunyi bising diluar rumah macam bunyi kucing bergaduh dan bergomok, dengar pusaran angin yang kuat sehingga sliding door rumah bergegar. Bunyi semakin kuat sehingga memasuki ruang tamu dimana aku berada. Aku merasa takut dan panik apa yang berlaku. Kemudian bunyi itu hilang aku bingkas bangun melihat di luar melalui sliding door. Tiada yang berlaku di sana. Teringat kata-kata bomoh apakah yang berlaku berkaitan dengan kedatangan jinnya.
Pada pagi keesokkannya aku bertanya kepada mok ada dengar sesuatu tak. Mak pun mendengar pusaran angin yang kuat semalam tetapi sekejap saja.


1. Agaknya jin bergaduh macam binatang.

2. Bagaimana kalau manusia boleh menyaksikan pergaduhan itu,agaknya senjata apa yang digunakan sudah tentu ada tercedera atau kematian.

Saturday, August 23, 2008

orang lama10


Petang kira-kira jam 6.00pm seorang berusia kira-kira 60-an sudah sampai di halaman rumah. Orangnya kurus memakai kain batik jawa dan berbaju t-shirt datang berbasikal. Rumahnya jauh kira-kira 6-7km. Agak lama berada di halaman rumah kemudian baru masuk ke rumah. Kami seisi keluarga sudah lama menunggu. Setelah berbual maka beliau memandang tepat ke arah adik perempuan penulis. Beliau mengarah duduk dengan kaki melunjur dengan mulut kamat-kamit tiba-tiba adik perempuan menangis. Bomoh itu cakap terdapat unsur-unsur pengaruh jin. Kira-kira 7 minit kemudian adik perempuan berhenti menangis.

Kami sekeluarga cukup merasa hairan perkara yang berlaku.

Bomoh pula memandang tepat kepada penulis dengan menyatakan inilah tempat lubuk. Penulis merasa hairan dan menyatakan kepada orang lain kenapa pula saya! saya o.k. Dengan meminta tapak tangan dihulur juga dengan tanda berat hati. Seperti perbuatan yang sama dilakukan oleh adik perempuan. Aku hanya senyum aje! tetapi aku tak nangis pulak. Kata bomoh jin banyak menglingkari aku tetapi belum menguasai lagi.

Bomoh mengakhiri pertemuan dengan janji untuk menghantar jin si panjang dan jin si pendek malam nanti. Jangan risau semuanya akan beres biar halau semua . Aku hanya tersenyum sambil bercakap dalam hati biar betul orang tua ni. Walau bagaimana pun kami berterima kasih dengan kehadiran bomoh. Sebelum pulang mok memberi wang tetapi ditolak oleh bomoh dan hanya mengambil RM 50.00 aje.

Friday, August 22, 2008

jin melampau! kurang ajar9


Kisah kena cakaran jin tidak dapat dihitung banyaknya berlaku namun aku buat tak kisah aje! apa lagi yang mampu aku buat setakat marah dan sumpah seranah. Aku turut simpati mok dan adik perempuan aku turut menjadi mangsa. Berdoa dan serah diri kepada Allah s.w.t mudah-mudahan dijauhkan dari gangguan jin setiap hari.

Namun kesabaran tak dapat dikawal lagi apabila mendapati anak saudara ku yang di dalam buaian turut menerima cakaran. Perbuatan ini tidak dapat dimaafkan lagi maka setelah berbincang dengan seisi keluarga, keputusan memanggil bomoh dibuat untuk mengatasi tersebut. Padahal setahu aku keluargaku sudah lama tak memanggil bomoh kecuali semasa aku masih kecil untuk atasi sawan tangis.

Thursday, August 21, 2008

cakaran8


kalau pada malam hari diganggu jin atau bermimpikan jumpa dengan jin atau hantu pada keesokkan paginya aku merasa pedih terutama bahagian dada bila mandi. Nampak jelas kesan cakaran biasanya 3 garisan dengan bahagian tengah lebih dalam. Kesan cakaran boleh bertahan lebih 2 minggu. Kadang-kala berlaku di bahagian tengkuk,lengan dan bahu dan diketahui bila terkena air.

Pada mulanya ingat kesan kuku sendiri maklum sajalah kalau dah tidur tetapi bila dipotong dan diasahkan kuku masih boleh berlaku cakaran. Cuba juga cakar sendiri pada bahagian dada semasa kuku panjang tetapi bukan itu tidak mendatangkan cakaran yang jelas. Bukti paling jelas berlaku pada waktu senja tiba-tiba terasa pedih dipipi dan cuba lihat di cermin nampak jelas kesan cakaran. Padahal baru sebentar lihat muka di cermin tiada apa-apa berlaku. Kemampuan jin mendatangkan cakaran boleh berlaku! InsyaAllah di episod yang akan datang penulis akan dapatkan imej kesan cakaran jin pada bahagian dada.
1. Adakah jin berkuku panjang dan tajam?